Cara Buat Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup & Banyak Serdak.Peniaga Ini Dedah Rahsianya

Pernah tak anda tertanya-tanya macam mana peniaga pisang goreng membuat bancuhan tepung pisang goreng rangup dan berserdak?

Serius sedap kalau dapat ratah serdak pisang goreng ini. Makan petang-petang kat laman rumah bersama secawan teh sangat menenangkan jiwa.

Seorang peniaga pisang goreng dedah resipi pisang goreng hasil jualan hariannya yang rangup dan sedap. Jom lihat resipi perkongsian olehnya di bawah.

Peniaga Kongsi Resipi Bancuhan Tepung Pisang Goreng Rangup & Berserdak

Bahan-bahan:

Tepung beras sekampit (tak kisah jenama apa)
1 biji telur
Serbuk kunyit
Sedikit air kapur
Garam
Cara-cara:

1. Satukan semua bahan. Pastikan bancuhan tidak pekat dan tidak terlalu cair.

2. Tips untuk dapatkan serdak yang banyak adalah goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Itu sahaja, tiada bahan tersembunyi. Saya bagi niat berniaga kerana Allah taala.

Kredit: Liana Mustapha Via My Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *