Cara Buat Coconut Shake Tak Payah Guna Pengisar & Ais, Rugi Kalau TakCuba!

Coconut shake sememangnya sangat sesuai diminum pada bila-bila masa terutama ketika cuaca panas, tapi sekali sekala bila terasa teringin nak minum susah pula nak jumpa. Mudah saja sebenarnya nak buat sendiri tak perlukan pengisar dan ais pun. Selepas ni boleh cuba buat bersama-sama dengan keluarga atau anak-anak, boleh juga buat lebih dan simpan dalam peti ais untuk diminum sebagai pemanis mulut.

DUA BAHAN SAHAJA DIPERLUKAN UNTUK BUAT COCONUT SHAKE TANPA BLENDER & AIS
1. Kelapa Muda

2. Aiskrim Vanila.

CARA-CARA PENYEDIAAN COCONUT SHAKE
1. Gunakan kelapa muda atau anda boleh membeli air kelapa tanpa gula dan ais ye

2. Belah kelapa dan ambil isinya

3. Cincang halus isi kelapa

4. Kemudian campurkan bersama air kelapa tadi

5. Tambahkan aiskrim vanila ke dalam air kelapa sesuai dengan selera anda

6. Kacau hingga sebati kemudian sejuk bekukan air kelapa

 

7. Setelah air kelapa beku, keluarkan dan hancurkan ia sehingga halus

8. Masukkan ke dalam cawan serta tambah ais krim vanila


9. Siap untuk diminum, rasa berkrim sangat!

Sumber: Dapur Che Kam