cara Buat Sambal Bawang Homemade Sedap & Tahan Lama

Sedapnya Sambal Bawang homemade ni. Ada juga yang panggil sambal bojak ( jika tambah tomato), sambal jawa atau sambal Nasi Ayam Penyet. Apa-apa pun, sambal resipi perkongsian Cik Pooja ni memang sedap dan membuka selera. Buat banyak-banyak, boleh buat stok. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI SAMBAL BAWANG HOMEMADe

BAHAN-BAHAN:

3 biji bawang besar – jika kecil, guna 5 biji. Potong kasar.
Segenggam cili kampung hijau
1/2 genggam cili padi Vietnam (merah)
1 ketul belacan bakar– sebesar duit 50 sen
1 sudu makan garam
1 sudu teh ajinomoto – boleh ganti dengan gula
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:

1. Bersihkan bawang dan cili. Keringkan airnya.

Cara Buat Sambal Bawang Homemade Sedap & Tahan Lama.
2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili, belacan & tomato ( jika ada) hingga lembik dan lebam.

Cara Buat Sambal Bawang Homemade Sedap & Tahan Lama.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali ke dalam blender.

Cara Buat Sambal Bawang Homemade Sedap & Tahan Lama.
4. Tambahkan garam, ajinomoto atau gula. Kisar sekejap-sekejap (3 kali) supaya sambal tidak terlalu hancur.

5. Siap untuk dinikmati. Jika banyak, boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama

Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.