Cara Buat Tapai Pulut Daun Getah..terliur benar kalau tapai berdaun kan daun getah berbanding dalam bekas

Cara Buat Tapai Pulut Daun Getah

Ada peminat tapai pulut? Sedapnya guna daun getah. Aromanya tu yang buat kita makan banyak, guna ragi dari kelantan. Memang sedap tapai anda, dah ada sukatan memang senang nak buat.

Bahan-Bahan:

2 kg beras pulut
2 biji ragi (jemur dahulu sebelum guna atau panaskan atas tudung periuk)
Daun Pisang/Daun Getah/Daun Rambai/Bekas Kecik
Cara-caranya:

1. Masak pulut hingga masak. Boleh ditanak atau kukus. Kak Ngah suka cara kukus. Caranya; Mula-mula rendam dulu beras pulut dengan air paip je selama 2-3 jam.

2. Sediakan periuk kukusan. Buang air rendaman pertama pastu bilas sekali lagi. Basuh dua kali sahaja, jangan gaul pulut tu nanti hancur. Kukus pulut selama setengah jam hingga 40 minit.

3. Angkat pulut kemudian tuang ke dalam bekas. Masukkan segelas air paip ke dalam pulut, gaul biar rata. Kukus sekali lagi selama 15-20 minit atau sehingga pulut kelihatan agak lembut. Jangan biarkan pulut terlebih kembang.

4. Sejukkan pulut yang telah masak di atas talam, rata-ratakan pulut tu di atas talam supaya nanti senang nak tabur ragi (Pastikan pulut betul-betul sejuk ye, kalau tak tapai akan bewarna merah apabila dah masak).

5. Setelah pulut sejuk, hancurkan ragi dalam mangkuk dan sudukan ragi yang telah hancur ke dalam penapis.

6. Kemudian ayakkan ragi tu di atas pulut yang telah sejuk tadi. Kemudian kaup balik pulut tadi dan taburkan lagi ragi dan gaul lagi sehingga ragi sekata.

Cuba Resepi Ni: Resepi Jeli Kelapa
7. Sudukan pulut ke dalam daun pisang/daun getah atau bekas kecil untuk proses penapaian. Agak-agak ja banyak mana nak letak. Ikut suka.

8. Kemudian peram tapai dalam bekas yang gelap dan tutup rapat. Peram selama 2 hari 2 malam ye. Selepas peram boleh masukkan tapai ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk boleh la ngappp.

Tak ada petua apa-apa pun. Kak Ngah buat sama macam ni. Dahulukan dengan Bismillah. Tapai sedap dimakan sejuk-sejuk, pekena 1 biji ja tak cukup. Habis 1 biji mesti nak lagi dan lagi. Maka jadilah berbiji-biji makan tapai. Siap cara buat tapai pulut daun getah.

Cara Buat Tapai Pulut Daun Getah

Resepi Oleh: Noriah Abas