Cara Masak Inti Sardin Yang Paling Sedap Untuk Buat Sandwic

 Anda penggemar Sandwic Sardin tapi tak jumpa resipi inti yang mudah dan sedap? Boleh cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni. Beliau bermurah hati menunjukkan cara-cara untuk menyediakan Sandwic Sardin yang sedap untuk dimakan sendiri. Sesuai dijadikan bekal ke sekolah atau[un ke tempat kerja. Malah beliau juga menghalalkan resipi ini digunakan untuk tujuan berniaga. Selamat mencuba!

RESIPI SANDWIC INTI SARDIN YANG SANGAT SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

1 tin kecil sardin (sebarang jenama) 

Sedikit cili kisar / cili boh 

Bawang merah (jumlah ikut selera nak banyak mana) – hiris @ cincang 

Bawang putih (jumlah ikut selera nak banyak mana) – hiris @ cincang 

1 sudu teh serbuk pati ayam 

Gula & garam secukup rasa

Lada hitam secukupnya 

Sedikit kicap 

1 keping keju cheddar 

1 biji telur

Mayones secukupnya 

Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

1.Tumis cili kisar / cili boh bersama dengan bawang merah dan bawang putih.

2. Bila sudah garing, masukkan sardin bersama sosnya sekali. Kacau dan biarkan sedikit hancur.

3. Masukkan serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap. Sebatikan.

4. Seterusnya masukkan keju cheddar yang telah dicarik. Gaul rata.

5. Kemudian masukkan telur. Ia bertujuan supaya bila makan sandwich, akan rasa kenyang. Kacau telur jangan sampai hancur.

6. Inti sardin siap dimasak. Biarkan sejuk seketika. Pastikan inti tidak terlalu berminyak kerana ia akan membuatkan sandwich jadi tidak nampak sempurna.

7. Masukkan inti sardin ke dalam mangkuk. Campurkan mayones dengan secukupnya untuk rasa sedikit berlemak.

8. Ambil roti dan sapukan inti sardin tadi mengikut cara masing-masing.

9. Sandwic inti sardin sedap sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Wan LuQman