Cara Masak Nasi Impit Yang Sedap, Pejal & Lambat Basi.

NASI IMPIT HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras biasa
10 cawan air
2 sudu teh garam
Daun pandan

CARA MEMASAK:
-Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk untuk dimasak.
-Selepas nasi mula kering, kacau sentiasa sambil dilenyekkan supaya nasi hancur.
-Guna api perlahan dan bila nasi kelihatan hampir kering, terus kacau lagi.
-Kacau nasi setiap 10 minit sehinggalah nasi betul-betul kering. Masak nasi impit cara ni kena dikacau banyak kali supaya nasi impit yang terhasil akan menjadi cantik dan lembut.
-Setelah siap, padamkan api.

-Teruskan melenyek nasi menggunakan sudip atau belakang botol yang bersih sehingga nasi betul-betul hancur dan lembut. Lakukan berkali-kali.
-Masukkan nasi ke dalam bekas atau loyang dan ratakan.
-Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
-Tekan-tekan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik yang disapu minyak tadi.
-Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong. Lebih bagus jika penjelasan semalam.

sumber ;kredit resipi & foto: Faridah Deris