Cara Mudah Buat Pearl Bubble.Yang Penting Sedap Dan Halal…

 Laman utamapelbagai resepiCara Mudah Buat Pearl Bubble.Yang Penting Sedap Dan Halal…

Cara Mudah Buat Pearl Bubble.Yang Penting Sedap Dan Halal…

Inilah Cara Mudah Buat Pearl Bubble Homemade. Yang Penting Ianya Sedap Sangat Dan Halal…

BAHAN2

2 cawan tepung ubi

2 sudu makan tepung pulut

Pewarna hitam secukupnya ( boleh guna pewarna pilihan yang lain. Empunya resipi guna pewarna biru gelap.)

Air panas secukupnya

Secubit garam

3 sudu makan gula

Daun pandan

CARA2 MEMASAK

1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas.

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.

3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai.

4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.

5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya bubble pearl menjadi berkilat. Rebus bubble pearl selama 25-30 minit.

6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.

7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.

8. Boleh masukkan pearl bubble dalam mainuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.

Mudah bukan? Jom buat sekarang.. jimat duit belanja tau..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *