Cara Mudah Keluarkan Semut Yang Penuh Dalam Bekas Gula, Guna 1 Bahan Ini Je!

Mesti ada yang tidak ada keruān apabila mendapati gula yang disimpan dalam botol atau bekas khas dimasuki semut. Gara-gara tak tutut rapat, habis dimasuki semut, ada yang ambil keputusan membuāng kesemua gula berkenaan.

Sebenarnya anda tidak perlu membuang gula tersebut, ada cara/petua yang anda boleh lakukan. Takkan nak buāng pula kan, sayang la sebab gula yang dimasuki semut masih elok.

Mari ikuti perkongsian ini.

Hukum Makan Semut

Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih.

 

Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.

Kita juga dilarang untuk membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةِ، وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةِ، وَلَدَةِ، وَلَدِّونَ

Maksudnya: “Rasulullah ﷺ melarang daripada membunuh empat binatang yang melata: semut, lebah, hud-hud dan al-surad (sejenis burung lang).” Riwayat Ahmad (3066), hadis sahih.

Cara Mudah Keluarkan Semut

1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.

2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semut boleh keluar.

 

3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.

4. Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.

5. Ini hasilnya selepas sejam.

Semoga bermanfaat. Terima Kasih

Sumber: Ameera Via Mimbar Raudhah Via Viral Malaysia Ku