Cara Rawatan Kucing Sembelit Di Rumah | Sembelit atau constipation ini kerap juga boleh berlaku pada kucing dan anjing dan bukan sahaja pada manusia. Ianya berlaku apabila berlaku pembentukan najis yang abnormal di dalam usus kucing. Apabila usus gagal menyerap air ianya akan menyebabkan najis menjadi keras dan kering. Masa inilah berlakunya sembelit. Seperti manusia juga, keadaan sembelit pada kucing lebih kurang sama. Dan kita boleh memeriksa secara fizikal untuk ketahui kucing kita sembelit atau tidak. Antara faktornya, kekurangan air dalam badan (dehydrate) kerana tidak sihat atau demam, diet yang tidak seimbang, bendasing (benda benda asing) , cancer (tumor), kecederaan pelvis, kecedaran saraf dan hairballs (kucing berbulu panjang)
Cik en nak kongsi cara bagaimana korang boleh memeriksa kucing korang sembelit atau tidak di rumah. Boleh rujuk gambar di bawah ini.
Gambar di atas adalah cara bagaimana untuk memeriksa bahagian usus kucing. Cuba picit secara perlahan. Kalau sembelit, korang dapat rasakan ada ketul ketul panjang dan keras. Untuk korang gambarkan keadaan ketulan itu, korang rujuk gambar dibawah ini.
Anak panah itu menunjukkan najis atau ketulan yang mana ianya adalah tanda tanda sembelit. Nampak macam keras kan? sebabkan keras la najis tidak boleh dikeluarkan dan sampai satu tahap, kalau kucing paksa meneran, akan berlaku luka dan adakalanya akanjadi buasir. Jangan ingat buasir tak terjadi pada kucing tau?
Oleh kerana, kebanyakan pembaca cik en sangat sibuk dengan kerja, budget kurang dans ebagainya, cik en nak kongsi sedikit cara rawatan tradisional atau rawatan yang boleh dilakukan kalau tidak sempat bawa kucing ke klinik veterinar. Dah tahu dah alasan alasan sebegitu. Hihihi. Ok, ada 8 cara yag korang boleh buat. Tapi kalau tak menjadi, better korang bawa ke klinik veterinar juga ye.. Bahan yang korang boleh gunakan adalah :
Labu / Pumpkin
Bila dah sembelit ini, korang kena berikan fiber untuk bagi cairkan najis itu. Salah satunya menggunakan labu. Just blendkan labu dan jadikan sebagai wet food (makanan basah seperti didalam tin atau paket) . Bagaimana nak buat wetfood? Boleh rujuk entri –> Cara Buat Wet Food Untuk Kucing
Air
Sembelit ini berlaku bila kekurangan air dalam badan dan ianya tak mampu untuk cairkan najis kucing korang. Jangan terkejut pula kalau kucing tidak minum air. Selalunya kes demam, pergi mengawan sampai lupa makan dan minum, kesakitan dan sebaginya. Jadi kalau korang berikan dry food atau ada yang panggil pallet atau biskut, semestinya kucing korang kena minum air yang banyak. Nama pun dry food jadi kuantiti air didalamnya sangat sedikit dan ada yang tiada langsung air. Kalau berikan wet food, so far ada la sedikit kuantiti air yang diminum. Selain itu, korang boleh sediakan fresh water atau air yang sentiasa ditukar setiap hari.
Petroleum Jelly
Selalunya kita ada letak Vaseline kan pada bibir kita. Sebenarnya ianya boleh membantu kucing yang sembelit. Selamat ke kucing makan vaseline. Vaseline bukan toksik dan ianya seperti pelincir. Jadi korang boleh berikan SIKIT dalam 1/2 sudu kecil pada kucing korang. Kalau terlebih, macam makan julap la. Hahahah. Cerry Berry pulak. Kalau dah Cerry Berry boleh rujuk entri —> Cara Rawatan Kucing Cirit Birit
Oat Bran
Macam yang lain, cuma campurkan 1/2 sudu oat dalam wet food kucing korang. Kalau taka da cuba carikan apa jua yang berfiber tinggi.
Potong Bulu / Trimmed
Ini kes kalau kucing jenis berbulu panjang. Korang kena la trimmed atau grooming ye. Janganlah dibiarkan bulu kucing panjang dah macam rambut puteri gunung ledang. Amalkan grooming kucing korang 4 atau 5 bulan sekali. Ini pun salah satu faktor sembelit. Hairballs.
Selalu bersihkan tempat poo dan pee
Kalau kucing jenis cerewet, sememangnya mereka sanggup tak membuang kalau litter box mereka tidak dibersihkan, kotor, diletakkan di tempat lain atau berkongsi dengan kucing lain. Ini pun salah satu faktor sembelit, so better kemas litter box mereka sekerap yang mungkin ye..
Susu
Sebenarnya susu lembu yang ada laktosa ini akan mengakibatkan kucing cirit birit. So untuk kes sembelit ini, korang boleh cuba dengan berikan 1/8 gelas pada kucing korang. Buat 2 kali sehari sehingga seminggu. Kalau dah ok, berhenti la yerk. nanti cirit birit pulak. Dah naya pulak.
Sup
Ini cara terakhir, korang boleh berikan sup berasaskan daging dan boleh tambahkan 1/2 sudu oat atau petroleum jelly dan berikan kucing korang makan.
Ubat Sembelit Untuk Kucing
Mungkin korang boleh dapatkan ubat sembelit di farmasi manusia. Antara yang cik en suggestkan adalah Lactul. Boleh beri 0.5ml untuk anak kucing dan ulang beberapa kali. Kalau susah nak ke farmasi, korang boleh beli di ubat sembelit kucing
Diharap rawatan diatas ini dapat membantu korang. Kalau rasa tak boleh juga atau makin lama makin teruk, better bawa ke klinik veterinar berhampiran ye. Cik en hanya kongsikan untuk sembelit yang ringan. Kalau ianya perlu dibuat melalui rectum/dubur, korang boleh gunakan KY Jelly atau beli ubat bayi sembelit di farmasi. Kalau di klinik cik en, kami menggunakan liquid paraffin. Susah nak cari semua itu, korang bawa saja ke klinik untuk dapatkan lebih maklumat dari doktor yang bertauliah.
Sumber : https://homeremediesfor.com/cat-constipation/