Kesibukan dengan urusan kerja ditambah pula dengan anak-anak yang bakal memulakan persekolah, pasti banyak perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu. Bagi anda yang suka bercucuk tanam, pasti tiada masa membelek pokok-pokok anda itu. Mungkin ada yang akan kekeringan dan layu jika tidak diberi perhatian.
Bagaimana nak memastikan tanaman sentiasa dijaga dan segar sentiasa? Kaedah ini juga sesuai dipraktikkan jika anda mahu bercuti panjang. Ikuti langkah mudah ini:
Sebelum bergerak, pastikan kesemua pasu tanaman baik bunga-bungaan atau tanaman lain dilapik dengan pelapiknya. Paling utama, kesemua pelapik ini diletakkan air hingga parasnya. Ini bagi memastikan adanya bekalan air yang boleh diserap oleh pokok setiap masa.
Letakkan air ke dalam pasu sepenuh-penuhnya. Kemudian tinggikan sebelah pasu dengan batu atau pelapik. Sebelah kiri pasu sebaiknya pilih bahagian yang berlubang supaya membolehkan air keluar melaluinya.
Gunakan botol mineral yang sudah digunakan dan isilah air hingga penuh. Kemudian benamkan hujung botol ke dalam tanah. Cara ini membolehkan tanaman sentiasa dibekalkan dengan air. Jika balik pada tempoh yang agak lama, anda boleh sahaja menggunakan botol mineral yang besar.
Tumbuhan jenis Cacti dan sakulen perlu diletakkan di tempat teduh dan disiram terlebih dahulu sebelum keluar bercuti.
Sediakan DIY miniature greenhouse dengan menutup pasu menggunakan plastik. Pastikan plastik tidak tersentuh pada pokok.
Gunakan ‘Humidity tray’ atau letakkan lapisan batu di dalam Loyang dan diisikan air sehingga paras batu. Kemudian letakkan pasu di atas lapisan batu.
Basahkan keseluruhan tuala atau kain guni sepenuhnya. Lipat tuala mengikut saiz keperluan dan susun pasu di atas tuala tersebut.
Sediakan sistem pengairan pokok automatik. Letakkan selembar nylon cord sebagai penyambung dari bekas berisi air ke dalam pasu. Letakkan bekas air ini bersebelahan dengan pasu.
Lakukan penanaman semula menggunakan diapers sebelum keluar bercuti. Letakkan lapisan lampin pakai buang di bahagian bawah pasu sebelum diletakkan tanah bagi mengekalkan kelembapan tanah di dalam pasu.