Cara Tanam Bendi Guna Biji Benih, Hasil Memang Lumayan & Puas Hati!

 Bendi atau kacang bendi merupakan tumbuhan atau sayuran yang banyak kebaikannya. Selain ditanam di kebun yang besar, anda juga boleh menanamnya di kawasan rumah. Mudah sahaja cara tanam bendi ini dan boleh ikuti langkah lengkap di bawah supaya dapat hasil tuaian yang memuaskan hati. Jom kita ikuti tips perkongsian Liyana Mohd Poad di bawah.

CARA TANAM BENDI GUNA BIJI BENIH, HASIL MEMANG LUMAYAN

1. Saya guna biji benih dan tanah jenis ini.

2. Saya semai 3-4 biji benih bendi. Saya gaul sedikit tanah dengan cocopeat. Lebihan cocopeat, saya letak di atas. Tujuannya supaya air dapat diserap lebih lama. Saya semai bawah cahaya matahari. Berhujan dan berpanas.

3. Selepas lebih kurang 2 minggu dari tarikh semaian baru saya pindahkan.Tanam satu polibeg satu pokok. Boleh juga dua pokok.

4. Saya gunakan baja kopi dari minggu 3 sehingga berbuah. Dalam masa yang sama, saya juga guna baja ikan jenis serbuk dan mol roti yang saya buat sendiri.

5. Pokok-pokok bendi berusia sebulan.

6. Mula berputik dan berbuah ketika usianya 6 minggu.

7. Sedia untuk dipetik.

Hasil tuaian pertama:

Tips: Selepas muncul buah, 3-4 hari selepas itu boleh terus petik. Bendi cepat tua. Moga bermanfaat!

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *