Sedapnya makanan ni, kalau hari-hari dapat makan makanan yang sedap-sedap macam ni kan best.
Sedap memang sedap tapi, sedar atau tidak bahawa kamu telah menempah tiket m4ut dengan lebih awal jika banyak makan makanan berkolesterol ini.
Sebenarnya ramai diantara kita yang mengambil makanan yang berkolesterol setiap hari dan ianya seolah-olah telah menjadi habit harian kita. Oleh itu, penting untuk kamu kenalpasti tanda-tanda diri kamu telah banyak makan makanan berkolesterol serta cara untuk mencegahnya.
1 Setiap Hari Makan Makanan Bergoreng, Sampai Jadi Gemuk!
T1pulah kalau kamu tak makan makanan bergoreng setiap hari kan? Bukan nak kata tak boleh makan langsung, makan yang bergoreng ni cuma kamu kena kawal jumlah pengambilannya. Kerana pengambilan makanan yang bergoreng setiap hari akan menyebabkan diri kamu mengumpul lemak dan kalori yang tinggi.
2 Suka Sangat Makan Fast Food, Tak Heranlah Perut Tu Besar Semacam
Satu lagi jenis makan yang gemar kita semua makan, fast food atau makanan segera. Pengambilan makanan segera seperti maggi, burger, kentang goreng, ayam goreng, keropok serta pelbagai makanan segera yang terdapat dipasaran akan membuatkan diri kamu mengandungi lemak serta kolesterol yang tinggi.
3 Badan Lemah Gara-Gara Makan Daging Berproses?
Ramai yang tak tahu bahawa pengambilan makanan seperti daging berproses boleh menyebabkan diri kamu menjadi lemah dan berisiko tinggi menghidap k4nser kolon. Makanan berproses seperti daging sosej, bacon, daging burger dan sebagainya mengandungi jumlah kolesterol yang sangat tinggi.
Oleh itu, kamu perlu elak makan makanan seperti daging berproses ini setiap hari dan hadkan jumlah pengambilannya.
4 Macam Mana Tak Obesiti, Asyik Makan Dessert Je!
Jangan kata diri kamu tak makan dessert langsung ya, penulis tak percaya! Bukan nak kata tak boleh makan, tapi bukan setiap hari dan jumlah pengambilannya juga perlu dihadkan. Jangan main tibai je, semua dessert nak makan.
Kandungan kolesterol di dalam dessert boleh menyebabkan diri kamu menjadi obesiti, dan menghidapi penyakit-penyakit lain seperti diabetes, s4kit jantung dan juga k4nser.
5 Terlalu Cheezy Sampai Kena S4kit Jantung!
Tahu tak terlalu banyak makan makanan tenusu seperti keju dan keju berkrim akan menyebabkan diri kamu berpotensi tinggi menghidap s4kit jantung. Malah makan telur terlalu banyak juga berisiko mendapat penyakit yang sama. Jangan ingat semua makanan yang sedap-sedap ni elok untuk kesihatan, kena hati-hati juga.
6 Sedap Betul Makan Seafood, Sampai Semput!
Seafood atau makanan laut, merupakan antara jenis makanan yang mengandungi jumlah kolesterol yang tinggi. Bagi yang memiliki penyakit kolesterol tinggi, makanan laut adalah di larang sama sekali. Jika langgar juga pantang, siap sedialah kesannya nanti.
Cara Mencegah Tabiat Makan Makanan Berkolesterol
Jika diri kamu secara tiba-tiba berubah bentuk fizikalnya dan tahap kesihatan juga semakin merosot, itu petanda kamu terlebih makan makanan berkolesterol.
Ianya penting untuk kamu sedar dan tahu terhadap apa yang berlaku ke atas diri kamu, dan ini adalah cara-cara untuk kamu elak serta cegah dari terlalu banyak makan makanan berkolesterol.
1 Ketahui Jumlah Kolesterol Yang Diperlukan
National Cholesterol Education Program (NCEP) telah mengeluarkan garis panduan sebagai panduan, untuk pengambilan makanan berkolesterol secara harian.
Total fat (Jumlah lemak keseluruhan): kurang dari 30%
Saturated fat (Lemak tepu): kurang dari 7%
Polyunsaturated fat (Lemak tak tepu): kurang dari atau sama 10%
Monounsaturated fat (Lemak mono tak tepu): kurang dari 10% hingga 15%
Kolesterol: kurang dari 200 miligram
Karbohidrat: 50% hingga 60%
2 Sentiasa Maintain Gaya Pemakanan
Apabila kamu dah tahu jumlah kolesterol yang diperlukan, kamu perlu maintain gaya pemakanan tersebut setiap hari dan cuba untuk mengambil makanan yang berkolesterol secara berlebihan.
3 Jadikan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Sebagai Menu Rutin,
Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak tak tepu, oleh itu kamu boleh mengambil makanan ini dalam 10% atau kurang di dalam menu makanan harian kamu. Malah buah-buahan dan sayur-sayuran adalah menu makanan yang terbaik, jika kamu ingin berdiet!
4 Senaman Bantu Bakar Lemak dan Kurangkan Kolesterol Kamu
Senaman juga merupakan aspek penting jika kamu ingin mengurangkan jumlah lemak dan kandungan kolesterol yang tersimpan di dalam tubuh. Oleh itu, aktiviti senaman tiga kali seminggu adalah cara terbaik untuk maintain gaya hidup sihat.
Kalau kamu rasakan diri kamu makan terlalu banyak makanan yang berkolesterol, maka empat perkara ini boleh bantu kamu cegah dan mengurangkan jumlah kolesterol dalam diri.
Yang penting, kamu komitmen mahu mengubah gaya pemakanan ke arah yang lebih sihat!