Dah 10 Tahun Ulang Azam Yang Sama Tapi Tak Buat-Buat Juga!

Bila masuk tahun baru je mesti kena ada azam baru kan? Semua orang mesti tengah semangat berkobar-kobar nak senaraikan azam baru.

Tapi ada ke azam korang dari 10 tahun lepas tak buat-buat lagi? Haa mungkin 5 azam yang Madu senaraikan ini adalah azam Maduners yang diulang 10 tahun lepas!

Azam yang satu ini memang antara paling famous! Setiap tahun ulang nak kurus tapi tak kurus-kurus juga. Ha, tahun ini pasang niat betul-betul dan buat perancangan yang rapi!

2 Menabung

Dah berapa tahun korang berazam nak menabung tapi tak buat-buat? Tapi rasanya zaman sekarang orang ramai dah tahu kepentingan menabung itu terutamanya saat berlakunya kecemasan.

Kalau ikutkan kita patutnya ada simpanan atau menabung sebanyak 6 bulan gaji kita bersedia untuk sebarangan kecemasan yang tak diingini.

3 Tepati Masa

Ini salah satu azam Madu juga tiap-tiap tahun. Setiap tahun baru mesti berazam nak atur masa dengan lebih baik, tak nak buat kerja last minute tapi setiap kali itu jugalah gagal!

Tapi kalau boleh bila janji dengan orang untuk berjumpa, tepati masa dan janji korang! Hargai masa orang lain juga!

4 Gaya Hidup Sihat

Okay, tahun ini jom kita sama-sama ulangi azam ini dan pastikan terlaksana! Amalan gaya hidup sihat ini tak sepatutnya jadi azam yang berulang saja tapi patut kita laksanakan.

Kalau cakap apa yang rugi bila kita sihat? Memang tak ada kerugian langsung! Siapa jerr tak mahu sihat, tapi azam yang selalu susah dicapai sebenarnya dek kerana kesibukan bekerja.

#5 Membaca Lebih Banyak Buku

Tahun ini berapa banyak buku Maduners baca? Agak-agak sampai 50 buah tak? Lebih banyak kita membaca lebih banyak pengetahuan kita, tak semestinya buku secara fizikal, boleh juga baca buku secara online zaman sekarang!

Mana satu yang paling boleh relate dengan Maduners? Tapi takpe, tahun depan tekad betul-betul nak laksanakan azam lama korang. Madu doakan korang berjaya buat semua azam yang disenaraikan!

sumber ;sembang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *