Terharu melihat kegigihan seorang warga emas yang berniaga sambil beramal dengan menjual jemput-jemput pelbagai perisa di Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Kluang, Johor. Dia yang dikenali sebagai Pak Mail berusia 73 tahun berniaga hanyalah kerana suka-suka dan minat sahaja. Anak-anaknya sudah melarang dia berniaga. Namun kerana minat yang mendalam dia tetap teruskan perniagaannya itu.
Pak Mail, kelihatan masih sihat dan menyatakan dia tiada penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung yang biasanya dihidap oleh golongan warga emas. Dia yang sudah kematian isteri selama 23 tahun yang lalu berusaha membesarkan anak seramai 12 orang secara sendirian.
“Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang mengetahui… Macam orang gila jaga anak” kata-kata ini keluar dari bicara Pak Mail apabila ditanya mengenai kepayahan membesarkan anak yang masih kecil secara sendirian pada 23 tahun yang lepas.
Memikirkan soal anak yang ramai, Pak Mail tidak mendirikan rumahtangga sekali lagi. Biarlah dia sahaja yang membesarkan anak-anaknya itu. Begitu besar pengorbanan yang dicurahkan Pak Mail dalam membesarkan anak-anaknya.
Untung yang diperolehi hari-hari juga tidaklah banyak. Namun oleh kerana minat dan hobi perniagaan ini masih diteruskan. Gerai ini turut dibuka pada setiap hari tanpa cuti.
Kepelbagaian perisa menjadi daya tarikan pembeli yang tidak dijumpai di mana-mana tempat dengan harga yang begitu murah antara keunikan dilakukan oleh Pak Mail.
Antara perisa yang jarang ditemui di mana-mana adalah isi naga,nangka,nenas dan jagung dicampurkan sekali, tembikai susu, dan betik.
Antara jemput-jemput yang dijual di gerai Pak Mail
Kira-kira 2000 biji jemput-jemput sehari mampu dijual oleh Pak Mail di gerainya itu.
Pada bulan puasa, Pak Mail membuka gerai untuk memberikan jemput-jemput percuma kepada orang ramai yang bertandang ke gerainya. Sudah lima ramadhan berturut-turut dia melakukan perkara tersebut.
FS Channel yang datang berkunjung ke gerai Pak Mail dapat merasakan sendiri keenakan jemput-jemput yang dijual di gerai tersebut.
Kelihatan setiap isi buah-buahan dalam jemput-jemput yang dihasilkan oleh Pak Mail.
Rata-rata pengunjung yang berkunjung ke gerai ini berpuas hati dengan jemput-jemput Pak Mail kerana jualannnya murah dan juga sedap.
Hasil daripada tinjauan FS Channel, rata-rata pengunjung yang datang ke sana merupakan pelanggan tetap yang sering singgah untuk membeli jemput-jemput tersebut.
Antara pengunjung yang sering membeli jemput-jemput di gerai ini
Selain bersedekah dalam perniagaan, Pak Mail juga sering bertandang ke masjid untuk melakukan amal ibadat.
FS Channel juga turut membayar kesemua jualan Pak Mail dan kepada pengunjung yang datang ingin membeli boleh mengambil berapa banyak jemput-jemput asalkan jualan Pak Mail habis terjual.
Semoga Pak Mail terus diberikan kesihatan yang baik supaya dapat meneruskan amalan bersedekah melalui perniagaan ini dan seterusnya dapat berkongsi rezeki bersama-sama orang sekeliling.
Sumber: Facebook FS Channel, Youtube FS Channel