Detik cemas main lepas sekolah, kon lekat di kepala murid 10 Tahun!. Aduhai, yang bukan-bukan sahaja yang nak dimainnya selepas tamat sesi persekolahan. Kon pun boleh jadi barang mainan.
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah rendah di sini mengalami detik cemas apabila sebuah kon terlekat di kepalanya sehingga memerlukan bantuan daripada pihak bomba.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK II) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Ezal Azma, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.28 tengah hari dan dengan bantuan enam anggota, kon itu dipotong dengan peralatan khas dan dapat dikeluarkan 26 minit kemudian.
“DIFAHAMKAN PELAJAR BERUSIA 10 TAHUN BERSEKOLAH SESI PAGI DAN KEJADIAN BERLAKU KETIKA DIA HENDAK PULANG KE RUMAH.
“KETIKA BERMAIN BERSAMA RAKAN LAIN DALAM KAWASAN SEKOLAH, MANGSA MEMASUKKAN KON KE KEPALANYA YANG MENGAKIBATKAN GAGAL DIKELUARKAN,” KATANYA.
Sumber: Berita Harian