“Dia belum makan..”-Sosok Kecil Terbaring Lemah Di Atas Timbunan Kotak Yang Disorong Bapa Undang Sebak Netizen

Nama Vitaminbae tidak asing lagi bagi penduduk yang tinggal di sekitar bandar Tawau khasnya. Bagi yang belum tahu, Vitaminbae merupakan badan amal yang dikendalikan oleh Ustaz Hasbi (Mr.Bie), aktivis kemasyarakatan, yang ditubuhkan untuk membantu golongan asnaf di sekitar negeri Sabah yang berpusat di daerah Tawau.

bapa Terbaru, Vitaminbae telah berkongsi sebuah video yang sekali lagi menarik hati orang ramai. Dalam video yang dikongsikan, sosok seorang bapa menolak kereta sorong yang sarat dengan barangan terbuang ditemani seorang kanak-kanak berumur kurang 3 tahun mengundang sebak netizen.

Menurut Ustaz Hasbi (Mr.Bie), ketika dia dalam ronda malam ramadhan mencari asnaf-asnaf di sekitar bandar Tawau, dia dipertemukan dengan sosok ayah dan anak ini. Ketika ditemui, dia (ayah) sedang dalam perjalanan pulang daripada mengutip barangan terbuang yang boleh dijual kembali seperti kotak dan tin kosong.

Apa yang menarik perhatiannya untuk mendekati asnaf ini ialah apabila melihat sosok anak kecil sebaya anaknya terbaring lesu di atas timbunan kotak di atas kereta sorong si bapa.

bapa Setelah didekati, si ayah memberitahu bahawa anaknya belum makan. Kebetulan, Ustaz Hasbi baru sahaja memberikan sekotak kurma kepada mereka. Si anak yang melihat kotak kurma tersebut bangun dan terus makan kurma yang diberikan. Barulah terukir senyuman di wajah polos si kecil ini. Nampak sungguh kanak-kanak itu kelaparan.

bapa Di usia yang masih sangat kecil, kanak-kanak ini sudah merasa p3ritnya kehidupan namun, dia masih setia menemani ayahnya sehingga lewat malam untuk mencari rezeki buat mereka.

Menurut Ustaz Hasbi lagi, si ayah ini akan keluar mencari rezeki pada pukul 3 petang sehingga 12 tengah malam.

Pendapatan hariannya hanya RM 5-10. Bayangkan dalam keadaan ekonomi pada masa sekarang, dengan harga barangan yang semakin tinggi, bagaimanakah ayah ini mahu menafkahi isteri dan anak-anaknya dengan jumlah sedemikian.

Berikut perkongsiannya:

“Rondaan malam, Allah rezekikan berjumpa dengan keluarga ini sedang menolak kereta sorong yang penuh dengan kotak². Namun, di atas timbunan kotak, kelihatan sosok seorang anak kecil yang hanya terbaring menemankan ayahnya mencari rezeki.

SEBAK tengok abang ni, saya terus STOP‼ Dia BAWA APA??

Pendapatannya hanya sekitar RM5-RM10 sehari dengan mengumpul kotak dan tin. Alhamdulillah, sempat berkongsi rezeki kawan² dengan abang ni. Hanya doa yang abang ni dapat balas katanya.

Moga² dengan berkat ramadan, Allah angkat kesus4han keluarga ini. Amin..”

Demikian perkongsian yang dipetik daripada Facebook Vitaminbae.

Sebelum berpisah dengan sosok bapa dan anak ini, Ustaz Hasbi telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai kepada si bapa dengan harapan dapat meringankan sedikit beb4n kehidupan mereka.Tidak lupa juga memberikan kata-kata semangat agar si bapa terus kuat untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga.

bapa bapa Mudah-mudahan, dengan berkat bulan yang mulia ini, diangkat semua kesus4han keluarga ini dan digantikan dengan kehidupan yang lebih baik.

sumber;facebook