Dia kata nak pinjam kawan” – Motor rosak, pakcik bongkok setia tunggu anak di universiti ‘bank in’ duit! Sampai Maghrib wang belum masuk

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Menurut Zulfitri Basir, lelaki yang hanya dipanggil ‘pakcik’ itu ditemui di stesen minyak Shell di Jalan Ampang, ketika hendak menunaikan solat Maghrib baru-baru ini.

“Memandangkan jalan jam, saya pun berhenti tunggu dalam surau sebab takut terlepas waktu jika sangkut dalam kesesakan itu. Tiba-tiba seorang pakcik dalam keadaan bongkok sambil tangan berbalut seperti kepatahan menyapa saya.

“Maghrib masuk pukul berapa? Saya jawablah 7.01 minit pakcik. Lagi enam minit masuklah. Bolehlah kita berjemaah sekali pakcik,” ujarnya mengimbas pertemuan dengan pakcik tersebut.

Keadaan pakcik yang bongkok dan tangan berbalut akibat patah.

Menurut Zulfitri lagi, pakcik itu juga bertanyakan mengenai mesin ATM (automated teller machine) yang boleh mengeluarkan RM30 bagi membolehkan dia mengambil wang selepas dikirimkan oleh anaknya.
Bagaimanapun, pakcik ini menceritakan kisah sebenar yang sedang menimpa dirinya ketika berjumpa Zulfitri di surau.

“Kemudian pakcik tu cakap, tadi telefon anak saya, dia dekat universiti. Dia bagi RM30 saja untuk balik rumah. Tadi call dia sebab nak suruh masukkan sedikit lagi duit nak beli minyak hitam sebab motor bocor pula minyak hitam.

“Dia cakap tak ada duit sekarang, nak pinjam duit kawan. Jadi itu yang saya tengah tunggu ini dari pukul 5 petang. Kalau kawan dia bagi pinjam bolehlah beli minyak hitam dengan isi minyak balik Kajang.

“Lalu saya pun cakap, tak apa pakcik, kita solat dulu, kejap lagi minyak hitam pakcik itu saya belikan. Jangan risau, pakcik dalam ‘rumah Allah’. Allah akan bantu pakcik. Selesai solat Maghrib saya ajak pakcik ini pergi ke motor dia di Petronas,” ujarnya mengimbas perbualan antara mereka berdua.

Jelas Zulfitri lagi, dia juga ada bertanyakan beberapa soalan lain kepada pakcik itu yang pernah berkhidmat kurang dari 10 tahun dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Berdasarkan apa yang diceritakan, pakcik tersebut memiliki empat cahaya mata yang masing-masing masih belajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Bukan itu sahaja, lelaki lanjut usia ini juga terpaksa berdepan dengan masalah di mana isterinya kini dirawat di Hospital Tentera Wangsa Maju akibat menghidap kanser tahap tiga.

Lebih menyedihkan, pakcik ini masih tiada sebarang pekerjaan setelah ditamatkan kontrak bekerja di stesen minyak.

Menurut Zulfitri lagi, pakcik itu hanya menunggang motosikal untuk melakukan segala urusan termasuklah membuka balutan simen akibat kemalangan yang menyebabkan tangannya patah.

“Saya pergi dekat motor dia. Tengok motosikal Modenas dan ada minyak hitam tumpah sikit-sikit. Dia cakap nak bawa balik Kajang saja.

Saya tak tahu dosa saya apa. Tapi Allah hantar pakcik hari ini sebab nak bersihkan dosa saya.
ZULFITRI
“Lepas tu nanti ada duit dia nak repair perlahan-lahan. Takut kalau kering minyak hitam lagi teruk motor tu. Ada mekanik tadi bagitahu katanya. Saya ajak dia masuk dalam kedai mesra dan suruh ambil minyak hitam.

“Tanya dia, pakcik dah makan ke belum. Dia kata belum makan dari pagi. Saya cakap ambillah apa nak makan. Dia ambil sandwich dan air susu banana. Kemudian saya tanya dia nak apa-apa lagi tak. Dia cakap cukup dah ni. Ini pun dah bersyukur,” katanya lagi.

Setelah selesai menghulurkan bantuan, pakcik tersebut secara tiba-tiba mengalirkan air mata lalu meluahkan apa yang terbuku di hatinya.


Katanya, keluarga tidak menghiraukan rayuan bantuannya kerana mereka tidak memahami situasi dan kesusahan yang dia sedang alami.

Justeru harapan diletakkan kepada anak-anak yang sudah diterapkan dengan ilmu agama yang mencukupi bagi mengubah nasib dan kehidupan keluarga mereka.

“Selepas tu saya minta diri. Saya pun hulurkan sedikit sumbangan. Pakcik bawa motor elok-elok. Dia mula-mula tolak duit saya. Saya cakap, pakcik doakan yang baik-baik untuk saya.

“Saya tak tahu dosa saya apa. Tapi Allah hantar pakcik hari ini sebab nak bersihkan dosa saya. Doakan saya dan keluarga.

Komen netizen di TikTok.

“Dalam kita rasa hidup kita susah, sebenarnya ada ramai lagi yang susah di luar sana. Selagi kita boleh makan dan ada tempat berteduh,” ujarnya.

Kisah pertemuan mereka berdua yang ditulis di ruangan kapsyen di TikTok Zulfitri mengundang sebak warga maya yang turut bersimpati dengan nasib pakcik tersebut.

Rata-rata warga maya sebak membaca cerita mengenai kepayahan hidup lelaki yang sudah lanjut usia dan bergelar bapa ini.

sumber ;mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *