Seorang gadis kecil telah menemui seekor haiwan kecil yang disangkanya sebagai anak itik kerana hidung haiwan itu yang menyerupai itik. Gadis ini pun mengambil dan membawanya pulang ke rumah kerana ‘itik’ itu kelihatan sangat comel.
Disangka anak itik, ibu jadi pucat bila tengok haiwan dibawa balik anaknya ini
Sampai di rumah, ibunya melihat dia memegang seekor haiwan yang menyerupai anak itik. Tapi kemudian airmuka ibunya berubah menjadi pucat dan cemas setelah melihat haiwan yang dibawa oleh anak gadisnya dari jarak dekat dan jelas.
Si ibu yang cemas dengan segera membawa anak gadisnya itu ke hospital berhampiran. Hal ini kerana haiwan yang dibawa pulang oleh anak gadisnya itu bukanlah anak itik tetapi seekor haiwan lain yang dikenali sebagai platipus!
Haiwan yang dipanggil platipus ini boleh dianggap sebagai haiwan yang kuno dan misteri. Kulitnya adalah seperti kulit anjing laut dengan lipatan-lipatan yang terbentuk di beberapa bahagian tubuh.
Meskipun rupanya kelihatan tidak berbahaya dan comel, tetapi platipus ini sebenarnya berbahaya kerana ianya memiliki racun yang mendatangkan mudarat kepada manusia.
Walaupun racunnya mungkin tidak akan menyebabkan kematian, tetapi racunnya boleh menyebabkan kita rasa sakit yang teramat sangat dan seksa.
Dinasihatkan jika anda menemui haiwan yang dipanggil platipus ini, janganlah gatal tangan nak mengambil atau memegangnya dan seeloknya jauhkan diri dan jangan menganggunya.
Pendek kata, jika ternampak atau terserempak dengan apa sahaja haiwan yang tidak dikenali, jangan kacau dan jangan memegangnya kerana mungkin berbahaya kepada kita. Jika haiwan itu dalam bahaya atau memerlukan pertolongan, seeloknya minta bantuan pihak pakar atau pihak berkuasa untuk membantunya.