SHAH ALAM – Dua buah bilik wad di Hospital Pantai Klang terbakar pada malam Ahad menyebabkan 30 pesakit termasuk penjaga pesakit kanak-kanak terpaksa dipindahkan.
Turut dipindahkan seramai 20 kakitangan hospital berkenaan namun tiada kecederaan dilaporkan berlaku membabitkan pesakit dan kakitangan hospital.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.38 malam.
Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian jam 11.42 malam didapati kebakaran melibatkan dua bilik wad dan telah dikosongkan.
Pasukan bomba kemudiannya menggunakan konsep ‘receo’ iaitu membuat kerja menyelamat, memindahkan pesakit dan kerja pemadaman.
Turut dipasang adalah tangga sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, api berjaya dikawal 10 minit kemudian dan operasi ditamatkan jam 12.57 pagi.
Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.