Dua kanak-kanak sanggup menyorok dibawah bas sepanjang 80 kilometer perjalanan semata-mata mahu berjumpa ibu bapa mereka yang bekerja di bandar

2 Beradik Ini Sanggup Menyorok Bawah Bas Yang Bergerak Sejauh 80 Kilometer. Kanak-kanak tersebut dipercayai datang dari sebuah perkampungan miskin di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi.

Menurut sumber Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan dan sembilan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan apabila berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.

“Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata seorang pekerja stesen bas.

 

Anggota badan kanak-kanak terlibat dipenuhi lumpur kerana terlibat dengan perjalanan yang agak jauh sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.

Sementara itu, mereka menumpang bas yang membuat perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana.

 

“Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka,” kata pekerja itu.

Keluarga kanak-kanak itu mengambil mereka selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mereka pada petang hari yang sama.

Sumber : BBC