Dulu, Akulah Pengemis Yang Pernah DihaIaunya “Tolong saya tuan, saya lapar. Sejak semalam tak makan”

 

ADA seorang lelaki,
punya perniagaan yang berjaya. Dia hidup senang di sebuah rumah bersama seorang
isteri yang cantik rupawan.

Suatu hari, ketika
mereka sedang duduk berehat di beranda rumah, datang seorang pengemis lelaki
berpakaian lusuh dan kotor.

“Tolong saya tuan,
saya lapar. Sejak semalam tak makan,” rayu si pengemis itu.

“Pergi! Pergi!
Tidak ada makanan di sini untuk kamu!” tengking lelaki itu menghalau si
pengemis.


Isterinya hanya
melihat sayu keadaan itu. Dia mahu memberikan sedikit makanan tetapi tidak
diizinkan oleh suaminya.

“Aku bersusah payah
bekerja membina perniagaan hingga berjaya hidup senang, semua untuk kesenangan
keluargaku, bukan untuk orang lain,” ujar lelaki itu sombong.

Ditakdirkan
beberapa tahun kemudian, perniagaan lelaki itu mengalami kejatuhan sehingga
segala-gala hartanya terpaksa dijual. Akhirnya, lelaki itu jatuh miskin. Dia
menceraikan isterinya kerana tidak mahu wanita itu hidup menderita kemiskinan
sepertinya.

Beberapa tahun
kemudian, wanita itu berkahwin sekali lagi dengan lelaki lain. Suatu hari,
semasa sedang makan bersama suaminya, tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk.

Apabila wanita itu
membuka pintu, berdiri seorang pengemis sambil merayu agar diberikan sedikit
makanan kerana sedang lapar. Mendengar rayuan itu, pantas si suami menyuruh
isterinya mengambil makanan yang ada di atas meja mereka untuk diberikan kepada
pengemis di luar rumah mereka.

Wanita itu menurut
perintah suaminya. Namun, setelah memberikan makanan kepada pengemis itu,
wanita itu menangis kesedihan. Lalu suaminya bertanya, “Mengapa kau menangis?”


Wanita itu menjawab
dalam kesedihan, “Pengemis di luar itu sebenarnya adalah bekas suamiku dahulu.
Dia juga yang pernah menengking dan menghalau pengemis yang pernah meminta
makanan darinya dahulu.”

“Demi Allah,
sebenarnya akulah pengemis yang pernah dihalaunya dahulu,” jawab suaminya.

Moral
cerita
: Hidup ini bagaikan putaran roda.
Ada kalanya di atas, ada kalanya kita di bawah. Oleh itu sentiasalah beringat
agar kita melakukan kebaikan terutama sewaktu kita dalam kesenangan. Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Barang siapa mempunyai harta, maka
bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka
bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga,
bersedekahlah dengan tenaganya.
” (hadis riwayat Anas b. Malik).

Sumber Pedoman
Iktibar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen,
Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak MyTeam Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang
diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik
akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik
akaun itu sendiri.