Gaji habis tak sampai hujung bulan, cuba tip ini buat hati tenang & gembira
SETIAP kali hari gaji menjelma sudah tentu kita selesaikan bayaran komitmen bulanan seperti rumah, kereta, insuran, ibu bapa dan sebagainya.
Kadang-kadang bakinya hanya tinggal cukup-cukup makan sahaja untuk kehidupan sebulan tersebut.
Ada kalanya terpaksa ‘korek tabung’ pula bagi menampung perbelanjaan yang tak cukup. Aduhai!
Beruntunglah bagi sesiapa yang ada elaun bekerja lebih masa atau dua pekerjaan. Boleh juga korek sana-sini.
Bila duit hanya cukup-cukup saja, mulalah hati tak senang. Tak tentu arah dan boleh hilang mood. Apa nak buat bila duit tak ada dan makin susut. Ini ada cara dan boleh kita ikuti dari perkongsian Md Azhari Daud.
Bila kita amalkan tip ini, Insya-ALLAH, hati tetap tenang dan gembira walaupun duit dalam poket atau beg duit hanya tinggal beberapa kertas berwarna biru saja.
Ada lima tip untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun buka beg duit nampak kosong dan duit tak ada.
Tip 1
Setiap kali kita terima duit. Asingkan kepada tiga bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.
Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya bisnes online. Dapat je sales. Duit untung tu boleh bahagikan tiga. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.