Biarpun pendapatan suami lebih kecil daripada gaji isteri, jangan sesekali diperlekehkan rezekinya itu. Kerana tidak siapa tahu suatu hari nanti, rezeki suami itulah yang boleh beri bahagia untuk seisi rumah.
Walau tak dinafikan dalam hati isteri akan ada libang libung nya. Lagi-lagi bila isteri kena bayar bil waima barang keperluan dapur lebih dari suami.
Bisikan jahat menghasut dalam hati agar kurang rasa sayang pada suami juga tak habis-habis nak menerjah dalam fikiran. Jadi, sebelum emosi tak best itu melarat lebih jauh. Sebenarnya ada tip yang boleh buat isteri kekal bertenang walau suami cuma bergaji ciput.
Doa ini bagus untuk capai hati tenang lagi bahagia suami isteri.
Tip Hati Tenang Walau Suami Bergaji Lebih Kecil Daripada Isteri
Isteri Bila Terima Gaji, Terus Buat Ini..
Apa pun dalam prinsip kewangan diri mahupun keluarga, bila terima gaji kena buat simpanan untuk diri sendiri. Jadi isteri, kena asingkan siap-siap simpanan peribadi itu.
Belen dari duit simpanan itulah nanti baru bantu untuk top up kewangan suami. Alasannya kenapa tau. Sebab kita sudah sedia tahu suami takkan mampu nak reward kita. Jadi, kitalah kena reward diri sendiri dulu.
Bila hati sudah bahagia, barulah kita akan lebih bahagia untuk membantu ketidak cukupan suami. Walau keluar tak seperti yang dibayangkan pun, hati kita dah tenang sikit. Sebab sudah ada simpanan untuk diri. Simpanan ini, jangan dikongsi dengan suami. Itu adalah hak peribadi yang amat privasi untuk kita. Kalau boleh suami pun tak boleh tahu nilainya.
Belanja Dan Lupakan
Bila sudah beli barang keperluan dapur dengan wang gaji isteri, jangan sesekali isteri mengungkit. Tapi kena jelas dengan suami. Kalau suami kata pinjam, maka bila tiba masa suami kena pulang. Bila tak pulang, tak salah untuk isteri buat buku hutang.
Sebab apa kena buat macam ini, sebab sifat isteri memang berbolak balik hatinya. Bila emosi tak terkawal, boleh diungkit semua perkara. Jadi, bila ada buku hutang tidaklah nanti timbul pergaduhan yang tak sepatutnya pun terjadi. Jika isteri ikhlas berbelanja, ingat! Jangan diungkit lagi kisah itu selepas 10 tahun perkahwinan. Pantang suami tu.
Isteri Kena Jadi Menteri Kewangan Yang Cermat Lagi Bijak
Bila gaji isteri lebih besar, bermakna dia ada kelebihan untuk membuat simpanan lebih banyak. Mungkin suami hendak menyimpan pun tidak cukup. Jadi isterilah kena main peranan.
Simpanlah walau RM10 sebulan secara konsisten. Tapi kalau gaji RM4000 simpanlah paling tidak RM400 bersamaan 10% pendapatan. Itu matematik penyimpan yang wajib orang rumah hadam.
Ada duit lebih, asingkan pula simpanan untuk anak-anak. Dan seterusnya kecemasan. Supaya jika berlaku satu-satu hal, misalnya anak masuk sekolah, anak sunat, anak nak pergi lawatan sekolah, anak kemalangan (minta dijauhkan) semua simpanan itulah nanti berguna untuk mereka.
Jangan sesekali melayan emosi keterlaluan bila suami bergaji lebih kecil dari isteri ya. Doakanlah suami dalam setiap solatmu wahai isteri. Minta agar Allah murahkan rezekinya, lapangkan setiap urusannya. Kerana bila suami murah rezeki, isteri jugalah nanti yang akan terima bahagianya.
sumber;kosmo