Ganti Tugas Ibu, Kanak-Kanak Ini Tetap Tersenyum Suap Adik Makan Meski Baru Kehilangan Ibu

Tidak lama dahulu tular video mengenai kisah seorang kanak-kanak perempuan yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik beradiknya yang masih kecil setelah pemergian ibunya.

Video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Salwa Naidin di aplikasi TikTok itu memaparkan budak perempuan berkenaan yang sangat gembira setelah mendapat agihan pek daging Qurban.

Kanak-kanak yang tinggal di Sabah ini terus membuka pek daging itu untuk memanaskannya. Setelah selesai, dia lebih dahulu menyuapkan adik-adiknya dengan penuh kasih sayang.

Melihat situasi berkenaan memang sungguh mengharukan. Malah apa yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila mereka baru sahaja kehilangan ibu yang mana meninggal dunia akibat keguguran.

Kanak-kanak ini tetap tersenyum walaupun tanggungjawab yang digalas agak besar
adik senyum

Walaubagaimanapun, menurut Salwa mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan mereka dijaga oleh ibu saudara. Perkongsian Salwa ini membuatkan warganet sedih dan terharu melihat pengorbanan seorang kakak yang menjaga adik-adiknya.

Biarpun masih muda namun kanak-kanak ini dilihat pandai menguruskan adik-adiknya dan apa yang lebih membanggakan lagi adalah apabila dia sentiasa tersenyum riang bagaikan tiada sebarang masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *