Amalan khurafat amat bercangah dengan ajaran Islam.
Menyingkap adat orang terdahulu, banyak kisah dan amalan yang masih utuh
dipegang oleh sesetengah masyarakat yang dilakukan oleh nenek moyang mereka
sehingga masih ada yang mengamalkanya pada hari ini.
Hari ini di negara kita masih terdapat kalangan
umat Islam yang tidak menyedari beberapa amalan ritual warisan nenek moyang
mereka sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Perkara khurafat ini berlaku di pedalaman Sabah.
Pendedahan tentang perkara ini dibuat oleh aktivis dakwah, Ustazah Marhamah
Rosli dan Dr Taufiq.
Dr Taufiq Razif dari TheProParenting di laman Facebooknya,
berkata kerja-kerja dakwah perlu sentiasa dijalankan agar budaya dan adat yang
tersasar dengan ajaran Islam harus dihentikan serta-merta.
Beliau menceritakan pengalamannya ketika tiba di perkampungan
itu. Dia diminta oleh Ustazah Marhamah untuk meneka plastik biru yang
tergantung di atas pokok , lalu dijawabnya baja atau buah dan sebagainya. Namun
tekaanya hanya mengundang tawa ‘team’ misi kemanusiaan dakwah.
Setelah puas
meneka, Marhamah memberitahu bahawa ‘benda’ yang terdapat dalam plastik itu
adalah ‘tembuni’. Jawapan yang diberikan agak mengejutkan sehingga mengelarnya
sebagai najis yang digantung di atas pohon tersebut.
Jelas
Marhamah lagi, “walaupun majoriti penduduk kampung di sini adalah Muslim, namun
pegangan terhadap adat nenek moyang masih kuat dipegang. Sukar dipercayai namun
itulah hakikatnya yang terjadi apabila tidak ramai yang menyokong dan
menyumbang dana untuk usaha dakwah dan pendidikan di pedaIaman sini”.
Sepanjang
menjalankan misi dakwah, pernah terjadi satu kes di kampung tersebut apabila
seorang penduduk mengalami keguguran. Lalu dia meletakkan uri tu di dalam
biliknya sehingga 14 tahun lamanya. Apabila ditanya mengenai anaknya, dia
menjawab masih berada di dalam bilik bersamanya walaupun tidak wujud.
Setelah dilihat dengan lebih dekat, rupanya penduduk tersebut
telah mengawet uri anaknya dan disimpan di dalam bilik selama 14 tahun lamanya
kerana percaya akan amalan lampau nenek moyang mereka.
Kisah ini
kedengarannya agar menyeramkan akan tetapi hakikatnya benar.
“Ini bukan
masa untuk menuding jari. Setiap lapisan masyarakat sama-sama sedar tentang
betapa pentingnya untuk menyokong usaha untuk mendidik dan mendakwah masyarakat
pedalaman yang sudah lama memeluk Islam,” tambah Dr Taufiq.
Kisah
gantung uri di pokok bukanlah cerita rekaan, namun tiba masanya untuk setiap
lapisan masyarakat membuka mata untuk kembalikan semula sinar Islam yang benar
kepada mereka yang memerlukan serta menjauhi segala perkara khurafat yang
diamalkan.
Sumber Sinar
Islam
Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak MyTeam Network tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.