Menginjak usia 21
tahun, anak muda pastinya mampu aktif, bersemangat dan menjalani kehidupan
penuh bertenaga.
Namun bagi seorang
pemuda, kehidupannya berubah sepenuhnya apabila terpaksa merelakan sebelah
kakinya dipotong.
Walaupun membuat
satu keputusan berat, namun dia masih mampu mengukir senyuman tatkala berkongsi
kisah mengenai kaki kirinya dipotong pada usia semuda itu.
Menurut Mahathir,
sebelah kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis kira-kira
seminggu sebelum ketibaan Ramadan tahun ini.
Dia turut
mendedahkan mengenai ketagihannya yang suka minum air berkarbonat.
“Sebab kencing
manis… saya minum lebih air (manis) daripada makanan. Balik sekolah je beli,
balik sekolah je beli,” katanya mengenai air botol berkarbonat yang begitu
popular dalam kalangan pelajar sekolah.
Selepas
‘kehilangan’ kaki kiri, Mahathir mengakui mengalami kesukaran untuk berjalan
sehingga membataskan pergerakan dan aktiviti.
“Rasa susah nak
berjalan. Fikir juga kita nak berjalan susah, kerja pun susah,” ujarnya yang
pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera di Kuala Lumpur selama lebih
setahun.
Bagaimanapun, dia masih
berharap agar diberi peluang untuk terus mencari rezeki.
“InsyaAllah kalau
ada rezeki masuk (kerja). Kalau tak ada, cari rezeki lain,” katanya lagi
menerusi video yang tular di TikTok.
Jangan
putus asa, teruskan jaga kesihatan selepas ini.
NETIZEN
Menerusi video itu
juga, Mahathir bersyukur dan meluahkan kegembiraannya apabila menerima tajaan
kaki palsu daripada badan amal, PruBSN Prihatin.
“Saya amat gembira dapat berjalan. Terima
kasih kerana membantu keluarga kami,” kata Mahathir menerusi video berdurasi
satu minit dan 23 saat yang menunjukkan dirinya berlatih berjalan menggunakan
kaki palsu.
Di ruangan komen,
rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Mahathir dan perkongsian
kisahnya memberi keinsafan kepada banyak pihak.
Mereka mulai sedar
untuk menitikberatkan soal kesihatan terutama mengawal pengambilan gula dalam
pemakanan seharian.
Pada masa sama, segelintirnya turut memberi kata-kata pembakar
semangat supaya anak muda itu tabah menjalani kehidupan.
“Mahalnya
sebuah kesihatan.
“Kasihan
juga sebab muda lagi.
“Terima
kasih sebab FYP (for
you page). Memang auto insaf.
“Tak apa
dik, perkara dah berlaku. Jangan putus asa, teruskan jaga kesihatan selepas
ini. Moga dimurahkan rezeki.
Menurut
akaun TikTok Kedidi_Kakipalsu yang
membuat perkongsian video itu, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kesihatan
dan pentingnya kesedaran tentang pemakanan.
Setakat
ini, video tersebut meraih lebih 300,000 tontonan.
Sumber mStar
Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak MyTeam
Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan
melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala
risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu
sendiri.