Gara-Gara Suka Hisap Jari, Ibu Kongsi Pengalaman Getir Jari Anak Jadi Bengkak & Bernanah!

Antara habit atau tabiat yang sering dilakukan oleh anak-anak yang masih kecil adalah menghisap hari. Ada dalam kalangan ibu bapa yang menggunakan puting sebagai pengganti jari dimana lebih selamat. Namun, sudah menjadi kebiasaan mesti ada sahaja kerenah si kecil yang masih mahu menghisap jari sampai ke umur yang lebih dewasa!

Seperti kisah yang dikongsikan oleh ibu ini diamana anaknya mengalami jari bengkak gara-gara terlampau suka menghisap jari. Apa yang merunsingkan adalah jari yang bengkak tersebut sudah bernanah dan perlu dibawa ke hospital!

ANAK SUKA HISAP JARI, SAMPAI BENGKAK

Assalamualaikum semua ibu-ibu

Saja nak berkongsi pengalaman anak kedua saya Hayfa Rania pada 2 minggu lepas. Anak saya dari kecil memang suka isap jari, masa baby ada beri puting tapi dia suka keluarkan dan masukkan jari. Dia akan hisap ibu jari sebelah kiri, tangan belah kanan dia tak suka. Sampailah kejadian 2 minggu lepas saya perasan ibu jari kiri dia start warna merah macam bengkak.

Bila saya picit dia buat reaksi muka sakit. Selepas 2 hari jari dia mula bengkak dan bernanah sikit.. Bila malam ahad 04.10.2020 dia dah start merengek, dan taknak isap jari maybe sakit dah tu.. nak tidur tapi tak boleh sebab dia akan lena bila isap jari. So tak sedap hati saya bawak pergi klinik swasta malam tu. Bila sampai doc kata tak boleh pecahkan lagi sebab nanah dia belum masak ( katanya ) dia kata dia bagi antibiotik yang kuat sikit.. kot boleh kurang & kecut sendiri 2-3 hari macam tu..

KUKU DAH MATI & JARI BERNANAH, DIBAWA KE HOSPITAL

Kalau tak kecut boleh datang semula untuk pecahkan nanah tu. Hari selasa 06.10.2020 saya pergi kerja macam biasa, ayah dia yang akan kejut anak-anak bagi mandi dulu sebelum dia pergi kerja. Tapi bila dia kejut Rania tetiba bibir dia ada kesan darah dalam mulut penuh ulser. Pagi tu saya tak sempat nak jengguk Rania walhalnya memang saya akan jengguk dia selalunya. Ayahnya call suruh balik bawak pergi klinik terus sebab tangan dia pun dah semakin membengkak. Bila pergii klinik ( bukan klinik sama ) saya cerita dari A-Z siap bawak ubat yang dia makan.

Doc kata ni kuku pun dah mati. Dia tak berani buat sebab Rania masih kecik, dia buat surat untuk refer terus ke hospital. Doc klinik kata sepatutnya ahad malam tu dah terus kena pecahkan nanah tu.. bila sampai hospital dari siang ke malam baru tahu keputusan yang Rania kena masuk OT untuk buang nanah and kena warded. So ibu pun redha, Doc hospital kata sepatutnya ahad malam tu dah kena bawak hospital

terus. Yelah ibu ayah pergi klinik swasta memikirkan esoknya isnin nak kena kerja. Ibu pun menyesal tak bawak terus ke hospital ahad malam tu.. terus Rania tak hisap jari dah.. puncanya Doc kata dia suka gigit jari tu, kuku tu dah cengkam isi dia.. tu yang boleh bernanah. Alhamdulillah now kuku pun dah tercabut sendiri and luka dah kering.. ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Kredit : Nurfazliana via Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel