Seorang kanak-kanak
meninggaI dunia akibat tercekik rambutan di Kampung Sungai Ling, Chenor, Pahang
memang teringin makan rambutan tetapi dihalang ahli keluarga kerana mengalami
batuk sejak sebulan lalu.
Itu pendedahan ibu
kepada murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir, Nur Iman Fitriah
Muhamad Nizam, 9, Suriani Tahir mengenai anak bongsunya itu.
Ujarnya, mangsa
yang juga merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik sering kali meminta
dibelikan rambutan.
Namun katanya, dia
dan suami, Mohd Nizam Othman, 51, buat tidak endah sahaja permintaan Nur Iman
Fitriah yang lebih mesra dipanggil Acu bagi mengelakkan masalah batuk
dialaminya menjadi lebih teruk.
Bagaimanapun pada
petang kelmarin, sepupunya, Nor Shakirah Abd Rahim, 20, datang ke rumah dan
mengajak makan rambutan di rumah jiran.
Baki rambutan itu
dibawa pulang dan dia makan bersendirian di muka pintu dapur.
“Saya dan Nor
Shakirah ada di rumah semasa kejadian manakala bapanya sedang meracun rumput di
belakang rumah petang kelmarin,” ujarnya.
Suriani yang berusia 48 tahun itu berkata, dia dan Nor Shakirah
tidak menyedari Acu tercekik rambutan kerana tiada kedengaran suara dan aksi
mencurigakan.
“Dia menghampiri kami
tetapi mukanya sudah biru dan tubuhnya lemah. Kami sangat terkejut dan berusaha
pelbagai cara untuk mengeluarkan buah rambutan yang tercekik di kerongkong Acu.
“Kami
bergegas membawa Acu ke Klinik Kesihatan Pekan Tajau kira-kira lapan kilometer
dari Kampung Kerayong Bukit Chempedak tetapi Acu tidak dapat diselamatkan.
“Saya dan
keluarga reda dengan ketentuan ALLAH SWT dan memohon orang ramai sedekahkan
al-Fatihah kepada Acu anak syurga kami yang manja. Kami kehilangan orang
tersayang yang menceriakan kehidupan kami,” katanya sebak.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman
berkata, polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit
Cempedak, Maran pada pukul 11 pagi semalam.
Sumber
Bernama, Utusan Malaysia
Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak MyTeam Network tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.