Gemuk-gemuk manis! Ini cara paling mudah nak buat kuih koci warna-warni, anak pasti suka makan

 PERCAYA atau tidak, waktu hujan sering membuatkan kita berasa lapar dan craving makanan-makanan manis.

Bagi para ibu yang mencari idea, anda boleh cuba menghasilkan kuih koci pelbagai warna untuk hidangan seisi keluarga.

Anak-anak pasti teruja untuk menikmati juadah tradisi yang diperbuat daripada tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula melaka ini.

Cara penyediaan yang dikongsikan Juliana Whib juga mudah dan cepat.

Kuih koci yang dihasilkan berwarna-warni.

Bahan-bahan:

½ kilogram tepung pulut

Segenggam tepung gandum

Sedikit garam

Santan cair secukupnya untuk menguli

Pewarna

Daun pisang untuk bungkus

Rupa kuih koci yang sudah dibungkus dengan daun pisang.

Inti koci:

Kelapa parut

Gula Melaka

Gula pasir

Cara penyediaan

1. Uli kesemua bahan di atas sehingga tidak melekat pada tangan

2. Asingkan doh kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna kesukaan

3. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti

4. Bulatkan semula dan balut dengan daun pisang seperti bungkusan nasi lemak

5. Kukus selama 4 minit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *