Gugurnya Air Mata Bila Tahu Suamiku Tak Mencintai Aku” – Kisah Teladan Yang Menyayat Hati Buat Iktibar Kepada Pasangan Suami Isteri

Menjadi pasangan suami isteri sebenarnya merupakan satu tanggungjawab yang besar sama ada bagi pihak lelaki ataupun perempuan. Sering kali kita terbaca di media sosial tentang permasalahan rumah tangga. Pelbagai masalah rumah tangga pernah kita dengar dari benda yang paling remeh sehinggalah kes-kes yang besar seperti curang dan berzina dengan orang lain.

Kewujudan media sosial ada baik dan buruknya jika pasangan suami isteri tidak mengambil tahu batas-batas pergaulan dengan rakan-rakan berlainan jantina. Sebuah video yang sudah tersebar sejak sebulan lalu yang bertajuk “Suamiku Tak Pernah Mencintaiku” menjadi bualan netizen terutamanya kaum wanita. Video yang dihasilkan oleh Tranmedia dari negara jiran Indonesia.

Video tersebut mengisahkan sebuah kisah rumah tangga berjaya menyentuh hati mereka yang menonton video tersebut terutamanya golongan wanita. Kisah rumah tangga tersebut diceritakan kembali oleh Oki Setiana Dewi yang membintangi filem “Ketika Cinta Bertasbih” Menurut komen netizen dari Indonesia, kisah yang diceritakan dalam video tersebut adalah berdasarkan kisah sebenar.