Gula-gula getah tidak kekal dalam usus jika ditelan..hati hati memakanya

ADA yang mengatakan gula-gula getah tidak boleh dihadam dan jika ditelan ia akan kekal bersama anda sepanjang hayat.

Walaupun benar bahawa badan anda tidak dapat mencerna gula-gula getah yang baru ditelan, ini tidak bermakna ia akan kekal di dalam usus anda selama-lamanya.

Gula-gula getah tidak akan melekat pada dinding perut atau saluran usus anda kerana ia akan bergerak melalui sistem pencernaan anda tanpa dihancurkan dan akan dikumuhkan dalam bentuk najis.

Sekatan usus mungkin terjadi dalam kes yang jarang berlaku.

Contohnya, keadaan itu boleh berlaku jika seseorang itu menelan sejumlah gula-gula getah dalam tempoh yang singkat atau jika gula-gula getah ditelan bersama objek asing lain seperti syiling.

Tetapi jika anda tertelan sekeping gula-gula getah secara tidak sengaja sekali-sekala, anda tidak perlu bimbang.

Sekeping gula-gula getah yang berdaya tahan itu akan melepasi hujung terowong kerongkong anda tanpa mendatangkan kecederaan.

sumber;The Star