Habis Nasi Siap Baju Kurung!” – Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit, Orang Ramai Terhibur Lihat Lelaki Ini

Setara degan arus pemodenan, peralatan dalam bidang jahitan turut berkembang maju. Namun siapa boleh lupa pada mesin jahit klasik zaman 90-an yang kelihatan sangat lawa?

Namun, mesin jahit sebegitu sudah sukar ditemui tapi kerana ada yang menggemari rupa klasik dan vintagenya, ada yang mengguna semula mesin jahit lama yang sudah rosak sebagai hiasan.

“Habis Nasi Siap Baju Kurung!” – Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit, Orang Ramai Terhibur Lihat Lelaki Ini
Seperti yang dilihat oleh seorang lelaki rosiditalhad yang berada di sebuah restoran berasa terhibur apabila melihat gelagat lucu seorang pelanggan.

Seperti biasa, restoran itu yang terkenal dengan nasi kandar dan dekorasi moden klasik sering dikunjungi orang ramai. Pada waktu operasinya, ia dikunjungi oleh seorang pelanggan yang telah memesan sepinggan hidangan nasi kandar untuk dinikmati di situ.Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit

Berselera makan hidangan itu sambil bermain telefon, lelaki itu turut melayan meja makan di kedai itu dengan menggerakkan kaki mengayuh paddle kaki mesin jahit yang disediakan.

Melihat pelanggan tersebut bersungguh menganyuh, lelaki itu berasa terhibur melihatnya.

sumber ;mstar