Habisla Time Berak Kencing Nanti, Oyen Buang Tebiat, Berselera Makan Petai Macam Makan “Wetfood”

Tidak dinafikan kucing mempunyai tingkah laku yang sangat comel dan manja tetapi kadang kala boleh jadi ‘tak senang duduk’ apabila mereka menggangu kita makan.

Seperti yang kita tahu, kucing merupakan haiwan jenis karnivor dan secara semulajadi mereka sangat sukakan ikan, ayam dan sumber protein lain seperti daging dan telur. Jarang sekali kita lihat si bulus gemar memakan buah-buahan atau sayuran.

Tetapi lain pula jadinya apabila dua ekor kucing kesayangan pemilik akaun Facebook, Jamilah Hj Abu Hasan ini sangat gemar memakan petai.

Menerusi perkongsian video tersebut menunjukkan si ‘Oyen’ dan rakannya yang dikenalu sebagai ‘Eton’ bersemangat memakan petai yang dikupas tuannya itu.

Dakwa tuan mereka, petai yang dikupas untuk membuat sambal petai, tidak sangka kucing kesayangan mereka sangar gemar petai dan tidak alah dengan bau petai tersebut.

Buat hal betul lah eton dengan oyen ni…
Kau orang ada kucing …??
Ada!
Kucing kau orang makan petai???
Takkk!
Lemah…

Rata-rata warganet memberi komen yang menghiburkan, tak kurang juga yang berkongsi cerita di mana ada juga perangai si bulus mereka yang suka makan petai.

Sumber: Jamilah Hj Abu Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *