Terima kasih sudi kongsi cerita aku ni. Aku nak minta pendapat akak2 di page ni. aku sudah setahun lebih berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat lagi. Umur suamiku sebaya dengan aku. Aku nak tanyaa pendapat apa patut aku buat. Suami aku jenis kedekut. duit nafkah dia tak pernah miss walau sebulan rm50 dia bagi.
Dulu aku tak berkira masa mula2 kawen tapi lama kelamaan aku rasa dgn duit rm50 sebulan tu tak cukup. kekadang rm50 dia bagi pastu aku nak belikan apa2 makann yang aku idamkan aku akan guna duit tu dan dia pun makan sama duit yang dia bagi. entah lah. Kalau rm50 dia bagi yang tu. Yang tu je la aku guna. Selebihnya kalau aku nak makan apa2 yang aku teringin aku guna duit sendiri kekadang. Dia bayarkan jugak.
Hari tu terkantoi slip gaji dia. Aku pernah tanya gaji bulanan dia berapa dia cakap adalah dia macam nak berahsia setiap kali aku tya pasal gaji. Baru2 ni aku terjumpa slip gaji dia dengan tak sengaja. Bila aku tengok gaji dia melebihi apa aku sangkakan menangis aku min sebab setiap bulan2 bagi isteri rm50.. satu lagi kalau dia nak beli barang utk diri sendiri tak pernah berkira min.
Habiskan utk kereta, moto, spek , hp.. pakai hp paling latest tapi nafkah isteri.. keperluan isteri tak pernah cukup. Bila aku usulkan hal ni dekat dia dan cuba slowtalk.. alih2 aku yang salah balik..tak pndai uruskan gaji sendiri..aku kerja min. dulu sebelum aku kerja yang sekarang ni pendapatan aku 2k. aku buat 2 kerja.. dalam sebulan aku cuti 2 hari je sebulan.. pulun aku kerja min. last2 aku breakdown sebab terlampau str3ss dgn kerja dan mas4lah rumah tangga.
Aku berhenti kerja selama 3 bulan . Dalam 3 bulan tak habis2 dia push aku suruh cari kerja. ye aku sambung kerja balik tapi ni dekat shah alam. Jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja mengambil masa 45 hingga 1 jam. yang tu aku tak kisah lagi tapi aku terlalu sedih utk diri sendiri habis beribu ringgit takpe. Utk isteri nak beli baju sehelai pun ketar tangan nak hulurkan duit. aku tak pernah merasa lagi duit belanja dia bagi lebih dari rm100.
Aku perasan laki aku ni jenis cer3wet. Barang atau apa2 benda dia . TAK boleh guna sesuka hati. hari tu dia beria nak ajarkan aku bawa kereta. Alih2 aku tersalah bawak dan salah tekan brek dgn minyak kereta. Aku dimarah. Selepas tu aku tak dibenarkan lagi sentuh kereta dia..sungguh aku terkilan. Apa patut aku buat.
Suami Jangan Tak Beri Duit Belanja Walaupun Isteri Ada Pekerjaan Dan gaji Sendiri.
Buat-buat lupa ya pasal duit isteri,akhirnya suami makin kaya tak? Haaa… itu soalan panas buat golongan lelaki yang masih tak sedar tentang tanggungjawab.
Sedikit demi sedikit rezeki hilang atau mungkin ditakuk yang sama.
Cubalah suami isteri berpakat dan belapang dada tentang rezeki, masing-masing sedar dan praktik cara seperti yang saudara Firdaus Mokhtar ini amalkan.
Dahulukan Duit Belanja Pada Isteri.
Suami isteri nak murah rezeki, ini kena buat selalu.
1. Makan sama-sama.
Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan.
Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri.
Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri.
Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah.
Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Rezeki Akan Melimpah Tanpa Disangka
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Sekian.
Komen warganet.
Azinsor Niffira – Sis kerja lah balik,,, simpan duit amik lesen n beli keta sndiri,, lg 1 tinggal jew lah laki yg kedekut mcm,,, la ni sis x der anak lbih baik angkat kaki jew.
Rozie Kasim – Selalu suami kedekut dan berkira dgn isteri lagi2 isteri yg bkerja. Tidak dgn org luar atau famili dia. Beginilah puan…mula berkira dgn suami….biar dia byr semua keperluan dlm umh. Kalau dia x beli mknan…puan diam je. Puan kena simpan tiap bln tanpa miss dlm akaun bank sndiri bukan join. Stgh tmpt kije ada buat deduction utk staff umpama TH, ASB. Lagi senang dan jgn btau suami. Suami kalau tau isteri bduit dia akan slowly kikis tanpa kita sedar.
Sweetie Sugar – Biaselah suami dia panjang akal, kalau byk duit dia akn lupa. Kdang² siap sorok dlm kereta dr letak dlm dompet.
Bila dgn kwn pemurah mesti cmpak RM 20 Duit minyak. Belanja mkn.. Pastu dgn adik beradik dia tunjuk pemurah.. Yg tau cuma ank dan isteri.. Bila Minta dh mcm peminta sedekah /pengemis.
Encik Enzo – Sepatutnya takyah berkira sangat duit dengan anak bini..biarla perhabiskn duit kat diaorg tu..kenapela ada jugak laki sorok gaji dr bini? Takut bini demand lebih2 ke? Halo..itu kan bini KAU! Kan dia mintak dgn laki org lain tau plak marah.
InsAn SEpi – Kalau laki aku ye dulukn baju aku dengan ank2.. Hok dye ade lebih bru beli..pelik ork dengan bini diri kira.. Bukan orang lain pom.. Tu orang kate.. Makin kaya makin kedekut.. Alhamdulillah hidup la dlm keadaan yang sderhana.
Nor Zalilah – Yg patut ko buat dik,,, tinggalkn je,, biar dia hidup sensorang,,org camni mmg kena diajar sikit,,cakap dngan laki ko tu,, nnti dah tinggl sorang duit tu mkn gunakan sampai mati,,x de sesapa nk kn hrta dia,,,laki x guna satu sen pon..taik hidung masin.. Mmg sampai mati lh mkn hati dapat laki kedekut ni.
Anda dah baca?Apa pendapat anda?Jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.
Sumber: krt