Hari Pertama Sek0lah Kena Ejek Sebab Tangan Cacat, Resp0n Matang Anak Ini Buat Bapa Terharu

Tidak semua daripada kita lahir dalam keadaan yang sempurna, seperti luahan hati seorang bapa ini mengenai kisah hari pertama sekolah, anak lelakinya yang lahir dengan keadaan tangan yang tidak sempurna.

Menerusi perkongsian Facebook William Foo, apabila anaknya itu sudah memasuki sekolah, terbit satu perasaan risau terhadap penerimaan rakan-rakan sekolahnya, apabila melihat kelainan pada tangan anaknya.

Khuatir dengan keadaannya anaknya, pulang sahaja dari sekolah, William terus bertanya jika ada rakan-rakan di sekolah menegur mengenai tangannya.

Seperti yang dijangka, ada rakan-rakan di sekolah mempersoalkan tangan anaknya, sehingga mereka mengejek tangan anaknya seperti tangan ayam. Namun, apa yang membuatkan William bangga adalah anaknya sedikit pun tidak terkesan dengan ejekan.

Malah, kanak-kanak darjah satu itu siap membetulkan lagi cakap rakannya, bahawa tangannya bukanlah seperti tangan ayam, sebaliknya kaki ayam. Ini menunjukkan, bahawa anak ini bijak dan tidak mudah termakan ejekan.

Biarlah mereka ejek, tangan saya boleh buat macam2
Setiap kali ditanya mengenai respon rakan-rakan di sekolah berkenaan kecacatan tangannya, anaknya membalas bahawa dia hanya membiarkan sahaja, kerana percaya tangannya masih mampu berbuat pelbagai perkara sama seperti insan normal.

Ramai orang ketawakan tangan saya, tapi biarlah mereka mahu ejek. Saya masih boleh lagi buat macam-macam benda dan makan guna tangan ini…”

Difahamkan, kecacatan yang dialami anaknya itu adalah disebabkan keturunan, dimana isterinya juga mengalami kecacatan yang sama, dan anak bongsunya juga lahir dalam keadaan tangan yang tidak terbentuk sempurna.

Meskipun hati bapa ini terguris apabila anaknya diejek, namun William bangga bahawa anaknya di usia yang masih kecil, mampu untuk menangani segala pandangan masyarakat secara matang.