Amat menyedihkan apabila ternampak haiwan-haiwan jalanan yang terpaksa hidup sendiri tanpa ada yang menjaga. Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila ada haiwan yang dibuang begitu sahaja tanpa rasa bersalah. Mereka bahkan dibiarkan di tepi dalam dalam keadaan bahaya.
Contohnya seperti yang berlaku baru-baru ini apabila ada yang terjumpa beberapa ekor anak kucing berada di dalam plastik yang ditelakkan di tepi sebuah jalan.
Bayangkan haiwan hidup yang ‘dibungkus’ di dalam plastik dalam keadaan sebegitu, pastinya membuatkan anak-anak kucing itu sangat tidak selesa. Lebih teruk lagi jika mereka mati kelemasan atau dilanggar kenderaan yang tidak tahu ada haiwan hidup di dalamnya.
Kejadian tersebuat telah menerima perhatian ramai apabila sebuah NGO, Frida’s Foundation memuat naik beberapa gambar mengenai kejadian tersebut di halaman Facebook milik mereka.
Jadi, selepas ini jika anda memandu atau mungkin menunggang motosikal jalan langgar sebarang plastik kerana anda tidak tahu di dalamnya mungkin ada nyawa haiwan.