hati hati ketika merancang untuk memancing ….wanita di sambar buaya …mayatnya menyayat hati ketika di temui

Seorang wanita tempatan dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika memancing di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, Norsila Sayong, 32, dilaporkan memancing di tebing sungai sebelum tiba-tiba disambar reptilia berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.42 petang.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan lima anggota bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mayat wanita dibaham buaya ditemui dalam keadaan menyayat hati
Separuh badan dibaham buaya
Pemancing maut diserang buaya

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.

“Lokasi itu dikatakan memang menjadi tempat memancing dalam kalangan penduduk ketika air sungai pasang.

“Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tiba-tiba disambar buaya dan dibawa ke dalam air lalu hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru, beliau berkata, usaha SAR giat dijalankan dan sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan.

sumber ;kosmo