Tiada siapa dapat menidakkan kekuasaan Allah S.W.T dalam mengolah takdir hidup seseorang. Siapa sangka hidup seseorang yang dahulunya serba kekurangan berikutan mengalami masalah fizikal berubah dalam sekelip mata.
Hal tersebut samalah seperti seorang wanita yang pernah tular sebelum ini apabila menjadi usahawan kuih bulan Melayu walaupun hanya boleh bergerak menggunakan kerusi r0da.
Terjatuh di depan pintu Masjidil Haram
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian yang diperoleh daripada Harian Metro, wanita tersebut yang dikenali sebagai Haziqah Nurul Huda Harun, 23 dia telah boleh berjalan menggunakan tongkat selepas terjatvh di pintu Masjidil Haram ketika mengerjakan umrah pada awal bulan ini.
Doktor pun terkejvt perubahan drastik
Dia yang juga merupakan orang kelainan upaya (0KU) berpunca daripada ketidakup@yaan kaki kirinya telah menggunakan kerusi r0da untuk bergerak sebelum jatvh terl3ntang di sana.
“Memang sangat sakit ak!bat terjatvh hingga Yaya demam tetapi, hikmahnya Allah kembalikan kaki kiri Yaya dan ia semakin berfungsi dengan baik.”
“Doktor juga terkejvt dengan perkembangan dr@stik ini dan harapan Yaya untuk berjalan seperti biasa sangat cerah selepas ini.”
Doa diperkenan oleh Allah S.W.T
Haziqah mengakui tragedi tersebut sebagai hikmah yang tak terduga kerana mengubah kehidupannya seratus peratus. Hal ini kerana sepanjang sembilan tahun menggunakan kerusi r0da, dia tidak putus-putus berdoa agar diberi kesembvhan dan boleh berjalan semula
“Berkat kesabaran dan doa yang tidak putus-putus, selain sentiasa bersangka baik terhadap ketentuan Allah, akhirnya impian Yaya untuk kembali pvlih bakal menjadi kenyataan pada 2020.”
Raih pelbagai anugerah
Terdahulu, Haziqah pernah tular berikutan mengusahakan perniagaan kuih bulan yang kebiasaannya didominasi oleh orang Cina di negara kita.
Permintaan yang tinggi terhadap makanan tersebut menjadikan perniagaannya bertambah maju walaupun dia sendiri berstatus insan kelainan upaya (0KU).
Berkat usaha gigihnya, dia pernah dianugerahkan Tokoh Orang Kelainan Up@ya (perempuan) pada majlis Maal Hijrah Negeri Terengganu 1440 Hijrah (2018).