Hilang Nyaw4 Selamatkan ‘Tuan’ Dari Dipatuk Ul4r, Kisah Kuc1ng Ini Undang Seb4k

Haiwan kesayangan Nabi Muhammad ini sememangnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bukan sahaja comel, malahan kucing juga boleh dikategorikan sebagai haiwan peliharaan yang manja dengan para penjaganya. Melalui tinjauan orang ramai, binatang ini sebenarnya mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi persis seorang manusia. Buktinya, lihat sahajalah perkongsian daripada seorang pengendali akaun Twitter bernama @zikrina baru-baru ini

Kucing hilang nyawa selamatkan ibu daripada dipatuk ular

Menurut pemilik akaun Twitter tersebut, kucing peliharaannya yang bernama Loki telah menyelamatkan ibunya daripada dipatuk ular berbisa sekitar beberapa hari yang lalu. Lebih menyedihkan, kucing itu didapati sudah tidak bernyawa rentetan peristiwa terbabit. Ujar gadis ini lagi, dia terharu dengan pengorbanan Loki dan mengenangnya sebagai ‘hero’ yang dah berjasa kepada ibu.

Hilang Nyawa Selamatkan ‘Tuan’ Dari Dipatuk Ular, Kisah Kucing Ini Undang Sebak 2

Hilang Nyawa Selamatkan ‘Tuan’ Dari Dipatuk Ular, Kisah Kucing Ini Undang Sebak 3


Saya dah cuba buat sesuatu tapi..

Menerusi tweet berkenaan, Zikrina memberitahu sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Loki termasuklah memukul haiwan berbisa berkenaan dengan kayu sebanyak beberapa kali. Akan tetapi, ular tersebut semakin kuat membelit haiwan peliharaannya.

Hilang Nyawa Selamatkan ‘Tuan’ Dari Dipatuk Ular, Kisah Kucing Ini Undang Sebak 4


Aku nak nangis. Binatang akan lindungi tuannya

Kisah haiwan peliharaan ini nyata telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya berasa sedih sambil memuji tindakan haiwan comel itu yang sanggup mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan tuannya. Perkongsian ini bukan sahaja meruntun jiwa ramai, malahan berjaya meraih 5 ribu retweets dan 7 ribu likes setakat ini.


Hilang Nyawa Selamatkan ‘Tuan’ Dari Dipatuk Ular, Kisah Kucing Ini Undang Sebak 5Hilang Nyawa Selamatkan ‘Tuan’ Dari Dipatuk Ular, Kisah Kucing Ini Undang Sebak 6Hilang Nyawa Selamatkan ‘Tuan’ Dari Dipatuk Ular, Kisah Kucing Ini Undang Sebak 7Hilang Nyawa Selamatkan ‘Tuan’ Dari Dipatuk Ular, Kisah Kucing Ini Undang Sebak 8

Sumber: Twitter zikrinaaaaaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *