Ibu ini tukar beg sampah jadi ‘high fashion’ untuk ‘catwalk’ anak perempuan cilik di rumah, pertunjukan fesyen suka-suka jadi pesona

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan dari China menjadi trend di media sosial dengan pertunjukan fesyen di rumahnya apabila dia memperagakan pakaian yang direka ibunya dengan menggunakan beg plastik sampah kitar semula.

“Pertunjukan fesyen bertemakan mesra alam,” video gadis kecil itu yang dimuat naik ke platform Douyin memaparkan lebih 10 pakaian yang dibuat oleh ibunya menggunakan beg plastik berwarna-warni, The Paper melaporkan.

Ibu bernama Qi, dari wilayah Shandong di timur China berkata anak perempuannya sukakan fesyen dan peragaan, juga pernah menjalani latihan ‘catwalk’.

“Idea terlintas di fikiran saya bila terdapat banyak beg plastik di rumah, yang warnanya serupa dengan pakaian anak perempuan saya. Kenapa tidak buat sendiri beberapa pakaian untuknya?” jelas Qi ketika membuat rekaan fesyen kitar semula itu.

Ibu ini berkata sejak tadika anak perempuannya meminta ibu bapa membuat banyak kerja rumah kraftangan bersama anak-anak, jadi dia membina keyakinan dengan kemahiran DIY ketika membuat pakaian itu.

Qi telah mencipta rekaan fesyen pentas atau ‘couture’ olok-olok itu berdasarkan inspirasinya sendiri kerana telah menonton banyak pertunjukan fesyen yang dipersembahkan oleh kanak-kanak, dan sudah biasa dengan pakaian tersebut yang telah berada dalam fikirannya, jadi cara membuat pakaian daripada beg plastik agak mudah.

Dan anak perempuannya amat gembira dan berasa seronok kerana dapat memperagakan pakaian beg plastik yang cantik itu hasil rekaan kreatif ibunya.

Video berkenaan telah ditonton lebih 11 juta kali di platform media sosial dengan ramai warganet yang memuji:

“Pakaian itu lebih cantik daripada di Minggu Fesyen Paris.”

“Pakaian itu kreatif. Model kecil itu sungguh bergaya dan berkelas..”

“Anda telah membazirkan begitu banyak beg plastik.”

Tetapi Qi menjelaskan yang dia tidak menggunakan banyak beg plastik dan berkata ia boleh digunakan semula selepas itu.
“Kebanyakan beg plastik yang saya gunakan boleh digunakan semula. Untuk beberapa pakaian, saya hanya melekatkan bahagian bawah beg plastik dengan pita pelekat dua muka pada beg lain. Ia boleh dileraikan dengan mudah dan kemudian digunakan untuk membuang sampah,” kata ibu ini.

Siapa sangka cara kreatif ibu dan anak gadis kecil melakukan aktiviti bersama dengan hanya sekadar pertunjukan fesyen suka-suka boleh menarik perhatian jutaan orang untuk menontonnya.

sumber ;agensi