Imam Tak Berani Untuk Nikahkan Sampai Tanya Banyak Kali, Sebab Nama Ayah Sama Sebijik.

Sebelum menjelangnya bulan Ramadhan, ramai pasangan pengantin yang memanfaatkan kesempatan yang ada untuk melangsungkan pernikahan. Bulan ibadah berpuasa yang bakal membuka tirainya dan juga sambutan hari raya akan menjadi lebih manis jika dimeriahi bersama-sama suami atau isteri tersayang seiring dengan memenuhi tuntutan agama. Justeru, samalah juga dengan sepasang pengantin baru ini yang turut mengambil peluang tersebut.

Imam tanya banyak kali takut nak bagi akad nikah sebab nama ayah sama

Tetapi al-kisah pasangan ini pula boleh dikatakan jarang-jarang berlaku iaitu pernikahan di antara pasangan suami isteri yang bernama Nurul dan Muhyidin ini. Melalui satu postingan di halaman TikTok, mempelai wanita tersebut mendedahkan urusan akad nikahnya telah beberapa kali diragui oleh imam nikah. Hal ini kerana, disebabkan nama

bapa mereka berdua mempunyai nama yang sangat serupa iaitu Che Ahmad.

Imam tanya mak, call ayah…Tanya lagi sebelum akad nikah

Oleh kerana imam tersebut risau jika pasangan ini merupakan adik beradik, malah imam berkenaan beberapa kali bertanya pada si ibu dan juga menelefon bapanya untuk mendapatkan kepastian sekaligus pengesahan. Setelah imam nikah betul-betul yakin mereka tidak mempunyai ikatan keluarga barulah urusan akad nikah mereka berjalan dengan lancar.

Ni kalau keluar sama-sama time bujang mesti tak kena tangkap…Dia punya jodoh tu nama sama, muka pun sama

Melihat ke ruangan komen, para netizen turut sama terkejut dengan peristiwa tersebut dan berkata ia adalah satu keadaan yang sangat jarang berlaku. Disamping itu, ramai yang memuji tindakan imam tersebut sangat berhati-hati dalam menjalankan tugasnya dengan baik sebelum dengan jayanya memberikan kebenaran berkaitan urusan akad nikah.

Sumber: Kisah Dunia