Ingatkan dapat kerusi baharu, rupa-rupanya nenek buka bonet disergah 3 cucu! Lega plan kejutan menjadi, nasib baik ibu tak pengsan – “Jenuh nak jawab nanti”

KEJUTAN memang buat mak aku terkejut

Itulah apa yang terjadi apabila seorang wanita merancang untuk buar surprise buat ibu tercinta.

Rakaman yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan reaksi ibunya yang benar-benar terkejut semasa membuka bonet kereta.

Wati Awang Kechik, 39, berkata abangnya. Moktar Awang Kechik yang menetap di Terong, Perak sudah lama tidak pulang ke kampung halaman.

Apabila mendapat tahu abangnya itu akan pulang, Wati terus merancang sesuatu untuk ibunya Che Amah Md Zain yang berusia 70 tahun.

Hari yang abang dan keluarganya nak balik ke kampung, saya beritahu mak yang dia tak jadi balik.

Kemudian tengah hari tu saya keluar seorang untuk menjemput anak saudara di pekan yang terletak kira-kira 10 minit dari rumah dan meminta mereka duduk di bonet kereta.

Apabila tiba sahaja di rumah mak, saya minta mereka jerit panggil tok untuk keluar dari rumah,” katanya yang menetap sekeluarga bersama ibunya di Serdang, Kedah.

Mesra disapa Wati, katanya, ibunya menyangka yang dia membeli kerusi plastik baharu bagi menggantikan kerusi di meja makan yang sudah rosak.

Mak memang tak fikir apa-apa, yang dia tahu dan idamkan ialah kerusi plastik. Sebab itulah dia sanggup buka bonet kereta kerana dia ingat saya ada belikan kerusi. Anak bongsu abang boleh pula sergah mak bila dia buka bonet kereta.

Terkejut mak dibuatnya! Kemudian dia tersenyum sambil mengalirkan air mata gembira selepas nampak muka cucu-cucunya.

Dalam hati dah risau juga sebab mak ada masalah jantung dan darah tinggi, takut la kalau kami buat dia pengsan. Kalau tak jenuh saya nak kena menjawab dengan adik beradik yang lain nanti,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia telah merancang untuk membuat kejutan sebegitu kerana terpengaruh dengan video di media sosial.

Saya yang rancang semuanya sebab terpengaruh dengan video kejutan yang dimuat naik oleh rakan-rakan TikTok.

Alhamdulillah Allah permudahkan dan anak saudara semuanya beri kerjasama yang teramat baik.

Semuanya pandai tak jawab panggilan bila tok telefon.

Dah setahun tak balik kampung, kali terakhir pada Raya Haji tahun 2020,” ujarnya yang berasal dari Kulim, Kedah.

Menurut anak kelima daripada lapan beradik ini, dia tidak pernah berenggang dengn ibunya sejak lahir.

Tambahnya lagi, dia mengambil alih tugas menjaga ibu selepas ayahnya meninggal pada Februari 2018.

Semua orang tahu mak saya ni memang jenis sporting dan sangat sayangkan cucu-cucunya. Segala suka duka mak lalui saya ada dengan dia dan menjaganya selepas arwah ayah meninggal dunia.

“Saya pernah ambil cuti tanpa gaji selama sebulan lebih untuk menjaga mak sewaktu dia sakit. Kalau pergi mana-mana pun tetap akan bawa mak.

Hargai la mak ayah dan keluarga selagi mereka masih lagi ada, cipta memori sebanyak mungkin.

Sebab macam mana mak jaga saya dulu, begitulah saya jaga dia sekarang,” ujarnya yang merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam keluarganya.

Wati berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati apabila mahu membuat kejutan kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan.

“Hargailah mak ayah dan keluarga selagi mereka masih lagi ada, cipta memori sebanyak mungkin.

“Kerana kasih sayang memang tak dapat digantikan dengan wang ringgit.

“Sejahat mana sekali pun seseorang itu, insyaAllah keluarga tak akan pernah buang kita,” katanya lagi.