Ish, kering dan liat pulak daging goreng kunyit yang aku masak ni bila dah sejuk. Macam mana masak daging goreng kunyit macam kat kedai tu ye. Kalau kita tapau sampai ke petang pun sedap lagi.”
Antara menu yang simple tapi kita selalu makan di kedai ialah daging goreng kunyit.
Sebab apa?
Walaupun simple, tapi tak semua pandai goreng daging kunyit untuk dapatkan hasil yang lembut dan berjus di dalam, tapi agak garing di luar. Kan?
Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati kongsikan beberapa tips goreng daging kunyit yang betul oleh Nana Ismail supaya tak liat dan tak kering. Sedap, lembut dan tak kering walaupun bila dah sejuk.
Jom tengok tips beliau selengkapnya di bawah ini.
CARA BETUL MASAK DAGING GORENG KUNYIT SUPAYA TAK LIAT & TAK KERING WALAUPUN DAH SEJUK
Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.
Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas je kan?
Ini beberapa tips untuk masak daging goreng kunyit yang tetap lembut dan sedap walaupun bila dah sejuk.
1. TENGOK URAT DAGING
First sekali kena faham cara potong daging. Pastikan berlawanan dengan arah urat macam dalam gambar ni.
Tips: Daging tu kalau nak senang potong dan tak juling mata nak cari urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. (Dalamnya memamg masih mentah.)
2. HIRIS NIPIS
Nanti bila dah sejuk sikit, barulah potong dan hiris nipis.
Bila dah balikkan atas kuali tadi, uratnya akan nampak jelas dan lebih mudah nak potong.
3. GORENG TANPA MINYAK
Lepas dah hiris nipis, goreng daging tu tanpa minyak.
Biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat.
4. LUMUR KUNYIT & GARAM
Kemudian barulah kita lumur daging dengan kunyit dan garam.
Korang boleh tengok hasil daging yang dah digoreng tanpa minyak macam dalam gambar di atas tadi. Nampak kering macam daging yang direbus, kan?
5. GORENG DALAM MINYAK
Lepas tu boleh bubuh minyak dan goreng macam biasa.
Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat je.
Resepi daging goreng kunyit
Kalau buat macam ni, barulah daging tu nampak tak kecut dan berjusssss gituuu.
6. TUMIS BAWANG, CILI & SAYUR
Akhir sekali macam biasalah, masukkan bawang, cili, dan sayur yang dihiris nipis.
Lepas tu perasakan ikut suka dan masukkan balik daging tu dan gaulkan dengan lauk.
SETTLE!
Resepi daging goreng kunyit
SELAMAT MENCUBA