Ini perkara penting wajib ambil tahu sebelum tukar ‘sport rim’, ramai yang tidak kisah

Ini perkara penting wajib ambil tahu sebelum tukar ‘sport rim’, ramai yang tidak kisah. Buat peminat kereta khususnya perkara paling ‘basic’ mereka boleh tukar penampilan kereta mereka ialah dengan menggunakan sport rim mengikut trend terkini. Menukar sport rim ini seumpama kitalah yang menukar kasut untuk tampil lebih bergaya.

Akan tetapi harus kita ingat dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen sekali pun ia perlu selari dengan beberapa faktor atau pertimbangan melibatkan kesesuaian dan paling penting keselamatan.

Ini kerana jika anda tersilap pasang atau pulih ia boleh menyebabkan bencana kemudian hari.

SAIZ LUBANG RIM DAN PCD
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.

KENAL PASTI ET ATAU OFF SET RIM
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.

UKURAN LEBAR RIM
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.

SAIZ & WARNA SESUAI
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!

sumber ;biz wan