Inilah Adab Yang Perlu Dilakukan Semasa Berzikir Supaya Amalan Kita Dimakbulkan Oleh Allah

Maksud atau pengertian zikir pula adalah mengingati Allah dengan hati, lisan dan juga perbuatan. Ianya adalah sangat penting untuk menghubungkan antara manusia dengan penciptanya. Amalan zikir adalah satu amalan khusus yang dilakukan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Menyebut lafaz zikir dengan betul dan memahami maksud lafaz zikir
Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat nas al-Quran dan Hadis
Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
Menggunakan suara yang perlahan
Perbanyakkan zikir dalam suasana genting
Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
Tidak berzikir semasa qada hajat
Mengapa perlu beradab ketika berzikir

Supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain
Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat
Selaras dengan sunnah Rasulullah SAW
Supaya zikir diterima Allah
Berdisiplin dalam menunaikan ibadat
Hikmah beradab ketika berzikir

Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya
Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang
Mendidik jiwa supaya sentiasa mengingati Allah
Mendapat pahala
Kerugian kepada orang yang tidak berzikir

Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah
Mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu
Lupa tanggungjawab terhadap agama
Berada dalam keadaan gelisah

Adab-Adab Berzikir Ringkas

Ikhlas kerana Allah Ta’ala
Memperbanyakkan zikir
Padukan antara hati, lisan, dan perbuatan ketika berzikir (termasuk menghitung jumlah zikir dengan ruas jarinya bukan dengan biji-bijian)
Berkumpul untuk berzikir iaitu mempelajari Al-Quran dan Sunnah (bukan berzikir dengan berjemaah yang dipimpin satu orang )
Menangis dan melembutkan hati ketika berzikir terutama ketika sendiri mengingat Allah Ta’ala (bukan yang dimaksudlan menangis berteriak teriak ketika berzikir berjama’ah yang cenderung kepada riak’)
Memperbanyakkan dzikir dengan membaca Al-Quran
Meninggalkan zikir–zikir yang dilarang yang tidak dicontohkan oleh Rasul
Memperbanyakkan Istiqfar (kerana Rasul beristighfar dalam sehari mencapai seratus kali)
Bersemangat membaca bacaan zikir-zikir Matsurat (yang disyariatkan agama)
Artikel Berkaitan 3 Doa Yang Allah Mustajabkan. Sekiranya Anda Berada Dalam Situasi Begini, Mohonlah Doa
Wallaahu a’lam bisshowab. Adab berzikir dari Hannafi di Facebook

Zikir Hasbi Rabbi daripada Khai Bahar berserta dengan lirik yang patut kita dengarkan setiap hari. Sebak dan sayu sekali alunan suara penyanyi ini. Semoga ada keinsafan dalam diri kita. Ini juga salah satu dan amalan zikir yang menjadi penenang hati yang boleh kita buat tanpa rasa jemu. Insha Allah.

Semoga perkongsian adab berzikir ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan untuk sesiapa yang masih belum tahu atau yang ingin memperbanyakkan lagi ilmu mereka. Marilah kita sama-sama mengamalkan amalan zikir seperti ini dengan niat untuk insan yang lebih baik di sisi Allah SWT. Semoga bermanfaat.