Inilah Teknik Goreng Telur Mata Kerbau Yang Betul, Barulah Hasilnya Cantik & Tak Mudah Pecah

 

Kalau tengah lapar,
pekena nasi dengan telur mata sebiji pun sudah memadai. Menu paling mudah dan
cepat.

Bunyi macam mudah
jer, kan nak goreng telur mata. Namun, belum tentu hasilnya memuaskan hati
anda.

Silap hari bulan,
ada yang terpecah kuningnya, terlebih masak dan sebagainya.

Sebenarnya, nak
goreng telur mata kerbau ada caranya, barulah boleh dapat kuningnya yang cantik
dan sempurna.


Perkongsian
daripada saudara Wan Luqman. Beliau memuat naik beberapa tip sebagai panduan
ketika menggoreng telur.

ELOK
KEJADIAN

Pengalaman bekerja
sebagai tukang goreng telur banyak membantunya. Patutlah hasil yang dikongsikan
nampak elok kejadiannya.

Telur mata kerbau
ni kalau nak hasil yang puas hati, pastikan:

1. Guna kuali kecil
dan ke dalam sedikit lengkuknya. Ini kerana, telur putih akan membaluti telur
kuning tu sedikit dan telur tu tidak merebak ikut saiz kuali.

2. Setelah itu,
panaskan kuali, barulah letak minyak. Ratakan minyak ke seluruh permukaan
kuali.


2. Minyak kena
banyak supaya telur akan tenggelam dan biarkan ia rata. Pecahkan telur dalam
mangkuk kecil dahulu, jangan terus pecahkan ke dalam kuali.

Usah risau, toskan
terlebih dahulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan
angkat ke dalam pinggan terus. Bila keliling putih dah mula garing sedikit,
barulah di angkat.

3. Guna telur saiz
C dan D. Pilih telur yang segar dan bukan yang sudah hampir nak tamat
tempohnya. Jika tidak, kuning tu akan pecah.

4. Jangan biarkan
minyak terlalu panas sehingga kuali berasap baharu nak masukkan telur, nanti
meletup telur tersebut.

5. Pastikan tiada
sebarang air semasa proses meletakkan telur ke dalam kuali, nanti meletup dan
merosakkan tekstur telur mata tersebut.

6. Nak pecah terus
atau masukkan ke dalam cawan atau mangkuk kecil dahulu pun boleh.

7. Kalau suka
kuningnya berwarna oren, boleh guna telur omega atau telur itik. Tapi
kebanyakan telur itik bersaiz besar.


“Sekian tip
daripada anak murid kepada mahaguru sifu telur mata kerbau. Setiap orang
berbeza tip dan ada petua mereka tersendiri.

“Terpulang atas
kemahiran masing-masing. Janji jangan pecahkan telur kuning itu,” ujar beliau.

Menarik, kan idea
yang dikongsikan ini. Admin pun nak cuba juga. Teruja tengok hasilnya. Elok
betul kejadian telur tersebut, kan!

Sumber Facebook Wan LuQman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen,
Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak MYTeam Network tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.