J0m Cuba Resip1 A1r Mil0 Pekat Ini, Sebiji Rasa Mil0 Lor1 Sekolah..rindu ZAMan SEKOLAH

Rindu nak minum air milo lori, kan

Jom Cuba Resipi Air Milo Pekat Ini, Sebiji Rasa Mil0 Lori Sekolah! Sebut sahaja Milo lori, mesti ramai yang terkenang akan kelazatan dan kepekatan air Milo lori yang tidak boleh dilupakan. Misterinya, kenapa air Milo yang kita buat sendiri rasanya tidak sama seperti air Milo lori Padahal menggunakan serbuk Milo kan Hmm.

Tetapi wanita ini akhirnya berjaya merungkai resepi air Milo lori daripada pembancuh Milo lori sendiri. Yeay

Berdasarkan hantaran Facebook Zainun Mamat daripada kumpulan Masak Apa Hari Ni, beliau berkongsi kepada umum tentang resepi air Milo seperti mana yang biasa dibuat oleh Milo lori yang selalu datang ke sekolah dahulu.

Menurut Zainun, beliau mendapatkan resepi ini daripada pekerja Milo bancuh ketika menghadiri satu majlis di mana terdapatnya kehadiran lori Milo ikonik itu. Daripada situ, beliau bertanyakan kepada pekerja Milo tersebut bagaimana untuk mendapatkan rasa air Milo seperti yang diidamkan semua orang. Inilah resepi yang diperolehinya daripada pembancuh tersebut.

Katanya, memang sama Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan :

10 sudu besar serbuk Milo

1/2 liter air panas

1/2 liter air sejuk

1/2 tin susu cair

1/2 tin susu pekat manis

Ais batu

Cara membuat :

Kacau Milo, susu cair dan susu pekat dengan air panas sehingga sebati.

Kemudian, masukkan air sejuk serta ais batu.

Itu sahaja Senang sangat

Mari Cuba Resipi Air Milo Pekat Ini, Sebiji Rasa Milo Lori Sekolah!


Sumber : FB Zainun Mamat
Mari Cuba Resipi Air Milo Pekat Ini, Sebiji Rasa Milo Lori Sekolah


Sumber : FB Zainun Mamat

Tips untuk mendapatkan bancuhan air Milo yang sedap adalah dengan mencampurkan kesemua bahan terlebih dahulu dalam air yang betul-betul panas. Kemudian, barulah dimasukkan air sejuk. Selain itu, anda juga mestilah menggunakan serbuk bancuhan Milo dengan banyak bagi mendapatkan rasa yang pekat dan enak.

Jika anda mahu membancuhnya dalam sukatan yang lebih besar dan banyak, gandakan sahaja resepi bancuhan Milo ini mengikut kesesuaian. Yang penting, nisbah susu pekat dan susu cair mestilah sama.

Ingatkan ada bahan rahsia, rupanya macam ni saja cara membuatnya. Apa lagi? Jom lah kita mencuba. Kalau anda dah buat nanti, jangan lupa kongsikan hasilnya kepada kami, okay?

sumber.bernama