JANGAN BAGI TEH ATAU KOPI DEKAT ANAK KECIL! MEREKA BERISIKO DAPAT ANEMIA

Perkara ini bukanlah satu isu baru. Memang ada pun ibu ayah yang beri anak minum kopi atau teh kepada anak bawah 5 tahun. Dengan alasan, “alaaa beri sikit je pun, bukan banyak”. Mungkin ada diantara ibu bapa yang tak tahu apa kesannya kopi dan teh kepada anak kecil.

Apabila minum teh atau kopi, mereka akan kekurangan zat besi dalam badan. Mereka berisiko besar untuk mendapat anemia pada usia yang sangat muda.

Ikuti perkongsian dari Wawa Shauqi Page bahaya anak minum kopi dan teh.

Beberapa tahun lepas, melalui ujian darah, doktor mengesahkan yang anak saya kekurangan zat besi. Waktu tu, serius saya down.

Selama ni, saya fikir saya ni mak yang komited bab jaga makan anak. Setiap 4 jam, saya akan bagi makan berat. Dalam pinggan, saya pastikan ada karbohidrat, protein dan sayur. Macam mana boleh tak cukup zat besi pulak!?

Rasa tak adil pun ada, bila saya kena soal siasat dengan doktor pasal makan anak tak cukup zat. Siasat punya siasat, rupanya sebab anak saya selalu minum teh.

Allahu..

Memang teh tu dah dikira minuman wajib kat rumah. Saya sangka, air teh tulah yang buat anak saya banyak minum. Tapi, sebab teh yang bersifat dueretik, lagi banyak minum, lagi banyak air disingkirkan dari badan.

Bila disingkirkan, bukan saja anak jadi dehidrat dan mudah letih. Malah kalsium yang anak perlukan untuk tulang pun flush out sekali.

Selain kalsium, zat besi dan nutrien lain pun tak dapat diserap dengan baik. Sebab ada kafein dan tannin dalam teh. Samalah macam kopi!

Jadi, saya sumbatlah sayur dan buah banyak mana pun. Kalau minum jugak teh, habis semua zat tu akan keluar balik tanpa sempat diserap sel badan.

Satu lagi fakta yang mindblowing adalah, TERLALU BANYAK MINUM SUSU pun boleh menyingkirkan zat besi dalam badan.

Gile oih!

Ini saya pun tak pernah tau sebelum ni. Perkara ni disahkan oleh 2 sahabat saya yang bekerja di bahagian nutrition.

Jadi hati-hatilah. Kat luar saya, ramai mak ayah yang ada masalah anak picky eater. Lalu diberi anak minum susu berbotol-botol. Tanpa sedar rupanya benda tu mudarat kepada pertumbuhan anak.

Apa yang terjadi bila badan anak tak cukup zat besi adalah, mereka berisiko dapat anemia. Badan tak dapat hasilkan darah merah yang berkualiti. Hasilnya, anak akan :

mudah letih
mudah gelisah/ marah/ tantrum
masalah tingkah laku
mudah sakit kepala
menghadapi masalah fokus
sukar berfikir.
mengalami tabiat suka makan ais dan benda bukan makanan
mudah berpinar bila tukar posisi

Kurang selera makan/ picky eater
Masalah ni menyebabkan anak bantut dan tak dapat nutrient, vitamin dan mineral yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat.

Tulang tak kuat.

Teh dan kopi ni buat anak banyak kencing. Dan menyebabkan dehidrasi. Kalsium juga akan disingkirkan sekali. Menyebabkan tulang anak tak kuat.

Mengalami gangguan tidur

Kanak-kanak ni Allah dah cipta dengan tenaga yang banyak. Bila minum minum teh, badan anak akan dapat lebihan tenaga yang dia sendiri tak perlu. Dan tenaga itulah yang menyebabkan mereka jadi susah nak tidur.

Tolong tambahkan makanan-makanan ni dalam diet anak-anak.
Daging
Kekacang
Bayam
Hati
Brokoli
Tauhu

Semua makanan ni akan bagi zat besi kat anak. Jangan lupa ambil sayur dan buahan yang kaya dengan vitamin lain. Vitamin lain jugak akan bantu tingkatkan penyerapan zat besi.

TIPS TAMBAHAN
Cara masak sayur yang paling bagus adalah celur. Banyak zat dalam sayur yang masih kekal.
Tauhu dan brokoli sedap dibuat snek. Goreng tepung aje.
Bayam tu, cuba beli yang baby spinach. Ia tak mengandungi rasa yang kuat. Jadi, sangat sesuai ditambah dengan apa jua buahan untuk dijadikan minuman. Antara buah yang saya tambah bersama baby spinach adalah mangga, strawberi, pisang dan epal.
Benda ni betul-betul jadi pengajaran besar kat saya. Tolong kongsikan info ni kat sahabat kita serta pengasuh anak-anak kita. Mereka perlu tau ni.

sumber;keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *