Itu hari kita dah citer pasal petua pilih sayur… skang nak kongsi pasal petua pilih ayam lak…
Sebelum nie bila che petua gi pasar (atau pasaraya) kira main tangkap muat jer dalam bab beli ayam dan barang-barang basah nie. Tapi sekarang bila dah belajar pasal petua-petua macam nie sikit-sebanyak ada kelebihannya.
Kalau beli makanan dalam tin boleh lah kita tengok tarikh luputnya (itu pun entah betul ke tidak).. Tapi kalau beli barang basah macam ayam, ikan, daging dsb.nya nie kita kena lebih berhati-hati lagi kerana kuman atau bakteria lebih senang hinggap kat benda-benda basah nie.. At least bila sedaya upaya untuk elak dari terbeli atau membeli ayam lama atau ayam yg dah hampir nak busuk nie, risiko utk terkena keracunan makanan dapatlah dikurangkan ye tak..
Yg paling bestnya, bila belajar pasal petua macam nie aktiviti ke pasar nie dah tak boring sangat. Sebaliknya dah rasa macam ada ‘thrill’ lak… Ye lah selama nie main percaya bulat-bulat jer kat penjual ayam tuh.. sekarang nie bolehlah tunjuk pandai sikit..hehe…
Petua Memilih Ayam Segar
Ini ada beberapa panduan atau petua pilih ayam segar:
Daging ayam yang segar biasanya berwarna putih kekuningan. Kata orang kalau dah putih sangat tu ayam tuh mungkin tak sihat sebab tuh kulitnya putih jer macam orang pucat.
Dengan cara yg tertiob dan sopan..hehe.. cuba tekan daging ayam tu dengan jari korang. Daging segar akan dengan cepat menganjal kembali ke bentuk asal. Kalau kesan jari tu ambil masa agak lama baru nak hilang, maknanya ayam tu dah tak segar dagingnya.
Kata pepatah, cantik di luar maka cantiklah di dalam (betul ker ada pepatah macam ni.. hehe..).. Anyway, panduan seterusnya adalah pilih yg kulitnya kelihatan cantik. Cari yg tak keilhatan macam ditebuk-tebuk atau robek dan terlalu banyak kesan luka. Bukan apa, selalunya dari lubang luka nie lah kuman atau bakteria nie lebih sedang menyelinap masuk kat dalam ayam tuh. Ikut logik che petua lah..
Sebolehnya kalau taukey ayam tuh tak marah ler.. cuba angkat ayam tuh dan cuba rasa atau perhatikan samada tulang-tulang dalamannya macam terkelepek atau dah patah. Jangan beli ayam yg terlalu banyak tulang yg patah.
Selain tu kalau ayam tu rasa macam lembik dan banyak sangat lendirnya, maknanya daging tuh dah lama dan dah tak segar.
sumber ;sinar harian