“Jangan Sampai Termakan Hak Orang”, Bahagi Pusaka Bukan Terus Faraid, Wajib Dulukan Harta Sepencarian & 3 Hak Ini

 

Suami meninggaI
dunia, harta arwah diambil keluarga arwah? Senario ini seakan biasa terjadi
antara balu si mati dan mentua yang kononnya telah mengikuti hukum faraid dalam
menguruskan harta pusaka.

Peguam syarie Syazmee
Sapian dari Syazmee Sapian & Associates berkongsi pengalamannya mengurus
kes berkaitan harta pusaka melibatkan menantu dan mentua.

“Kesemuanya
sama, mentua mahu terus faraid tetapi menantu mahukan harta sepencarian
terlebih dahulu

“Apa
yang dapat dilihat ada dua kategori iaitu mereka yang tiada pengetahuan tentang
harta sepencarian tapi mahu mengetahui lanjut dan bertanya kepada yang tahu.

 “Kedua, dia tiada pengetahuan. Tetapi apabila
diberitahu, cuba untuk menafikannya,” kongsi Syazmee tentang situasi terkini
berkaitan harta pusaka.

Beliau juga berkongsi pengurusan harta si mati berdasarkan lima perkara
mengikut urutan.

“Untuk
urusan pusaka ada hirarki yang kita perlu patuhi supaya kita tidak berlaku
zalim dan termakan hak orang lain.

1.
Urusan jenazah si mati

2.
Harta sepencarian si mati dan pasangan

3.
Hutang si mati

4.
Laksanakan wasiat hibah simati sekiranya ada

5.
Faraid

Ini
lima perkara yang perlu dituruti atau diperhalusi terlebih dahulu apabila
menguruskan pusaka si mati,” maklumnya.

Meskipun pengurusan harta pusaka si mati perlu
disegerakan, kata Syazmee waris terdekat tidak boleh sewenang-wenang melompat 
‘step’ di atas tanpa menyelesaikan mana-mana ‘step’ yang perlu dilunaskan.

“Berkaitan
harta sepencarian, saya percaya dalam kalangan yang muda sudah ramai yang tahu
namun ia agak kurang pada yang berusia.

“Harta
sepencarian ini adalah apa-apa harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan
dan juga apa-apa harta yang diperoleh oleh salah satu pihak sebelum perkahwinan
tetapi dimajukan oleh pihak satu lagi dalam tempoh perkahwinan.

“Kenapa
perlu selesaikan dahulu harta sepencarian ini? Sebab tak semua harta si mati
yang sudah berkahwin itu total hak miliknya.

“Pasti
ada harta-harta tertentu atau boleh jadi semua harta peninggalan si mati itu
ada hak pasangannya,” ujarnya.

Syazmee menambah,
apabila sudah berkahwin, pasanganlah yang lebih mengetahui segala butir penting
harta-harta dalam perkahwinan.

“Ada harta yang nama bersama, harta satu nama tapi
join loan, harta si mati bayar bulanan tetapi wang deposit, kos renovasi rumah
dan lain-lain adalah daripada pasangannya.

“Ada juga pasangan yang mana rumah
mereka penama bersama tetapi pasangannya yang bayar semua.

“Jadi
tidak adil kepada pasangan si mati andai berlaku sahaja kematian, terus sahaja
nak faraid.

“Kita
wajib untuk keluarkan dahulu bahagian pasangan si mati dan berikan dahulu hak
mereka.

“Selepas
ditolak harta sepencarian, baharulah boleh diteruskan kepada langkah seterusnya
kerana baki harta tersebut bersih daripada bahagian pasangan si mati.

“Ambillah
sekadar hak yang telah ditetapkan hukum dan undang-undang. Hidup akan berkat,”
kongsi Syazmee.

Justeru, harta sepencarian pasangan si mati hendaklah diselesaikan
dahulu sebelum pembahagian harta secara faraid dibuat. Jangan pula ada ahli
keluarga yang terburu-buru ya!

Semoga
bermanfaat!

Sumber FB Syazmee Sapian

Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak MyTeam Network tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *